Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu..

Sejujurnya saya bukan peminat filem Melayu, lagipun saya tak begitu mengambil tahu tentang perkembangannya tapi bukanlah betul-betul zero, adalah sebuah dua filem yang pernah ditonton melalui CD atau TV ..

Entah mengapa ..hari tu anak-anak ajak menonton, Lagipun cerita ini diberi publisiti yang meluas melalui media arus perdana. Akhirnya saya akur dengan ajakan anak. Cuti sekolah, anak-anak  pun bercuti, jadi dapatlah berkumpul mengisi masa lapang  pergi menonton Ombak Rindu ni ...Berjiwang-jiwanglah sekejap.
Ombak rindu...dari kaca mata wanita seperti saya, memfokuskan persoalan wanita. Bagaimana kecekalan hati seorang wanita utk survival hidupnya di  bandar. Hidup bersendirian tak ada tempat untuk mengadu. Tak ada tempat untuk meminta pertolongan..hehe ramainya  pengulas yang tak bertauliah.

Kemudian, Izzah bertemu Hafiz,  akhirnya terdesak untuk mengahwini Hafiz  semata2 tak mahu terus-terusan diburu dosa !!!!!.

Lumrah, sebuah rumah tangga yang dibina tidak didasari dengan cinta dan kasih sayang bukan sahaja  bermasalah, malah tidak menjanjikan  kebahagiaan, mahupun masa depan.


Izzah wanita tabah, sabar, pasrah dan redha menerima ketentuan Ilahi !!!!

Menariknya watak Hafiz, Seorang ahli korporat yang kaya, menganggap Izzah seperti pembantu rumah, seperti perempuan desa, lama kelamaan berubah persepsi menerima  Izzah seadanya,  simpatinya melimpah ruah lalu dalam diam-diam dia tak boleh membohongi diri  mencintai  isterinya sendiri... Banyaklah episod-episod sedih..yang tak cukup sehelai tisu !!!! (terujalah pulak nak ulas)

Cuma ada beberapa pemandangan yg mencolok mata ....credit to Maya Karin, Aaron, Bront Palare  yang menyampaikan watak , menjadi semantik serta artikulasi emosional dalam menggarap watak masing2. Maya Karin pelakon utama cukup versatil menghayati Izzah....

Lisa (Mila) membawa watak antagonis...berkeras untuk berkahwin dengan Hafiz kerana kesetiaan, marah kerana menangguhkan perkahwinan tapi kalau tak marah kasar sangat boleh tak !!!!. Hanya perlu resionalkan kepada hafiz mengapa dia bertindak sedemikian (eh,macam pengarah filem)
Tahniah  kepada Osman Ali kerana filem arahannya mendapat sambutan hanget,  filem ini merupakan adaptasi daripada novel nukilan Fauziah Ashaari.

18 comments:

kasihredha said...

teringin nak tengok juga :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

mestilah marah kalau lelaki yg dia cintai rupanya x cintakan dia hehe


sy dh bnyk kali ajak hubby tgk citer ni tp dia cam malas jer..teruja nk nengok aaron ajiz yg benonya haha

kakcik said...

kakcik belum tertarik untu menonton, lebih teruja membaca novelnya sahaja. :)

ainnoraini said...

Saya dah gi tengok...sedih jugak citer ni...
Kak sal sedih tak...

missgee said...

Kak Sal,
Tak nengok lagi..
So, tak bulih komen ape..
huhuhu

pena rozie said...

nak tengok jugak....

MulutPayau said...

belum tengok lagi....

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina tak berkesempatan lagi nak nengok, nak bawak suami, memang sah dia tak nak tengok cite cam tu. tunggu cd kelualah nampaknya. : )

anie,Nagoya said...

Assalammuallaikum.

Ya Allah, rindu pada kk Sal.jelez kita.dah tgk ombak rindu.n suka cara kk Salmenyampaikn tetang filem tu.comel je....

Acik Erna said...

sal..sama la macam cik ina tu..nak tunggu cd la nampaknya..
dah puluh tahun tak masuk panggung wayang..tak tahan..volume nya kuat sangat.

sal said...

Assalamualaikum..
kepada semua rakan..kasihredha, rina,kakcik,ainnoraini,missgee,pena rozie,mulut payau,cik Ina,anie,Erna..
Terimakasih kerana sudi membuat catatan ringkas di sini..moga sentiasa ceria2 selalu dan diberkati Allah jua hendaknya. amin.

konde said...

penasaran tuh tengok

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Munnafendy said...

xdan lagi nak tengok cite ni...masih dlm proses memujuk tunang sy teman tgk cite ni...heee

No Lan said...

No tak tengok lagi la cite ni..sana sini kawan2 duk cite huhu...xpe2, nnt dh kua masuk tb No nk tengok hehehehe....

Ati Masrif said...

tak sempat nk tonton lagi
harap2 kuarlah kat astro 1st :)

Nur said...

Tak sempat menonton.. Pandai Kak Sal buat ulasan filem tu. Komen2 membina yg patut pengarah filem "Ombak Rindu" pertimbangkan.

So Shy Lady said...

salam ziarah,

mmng dmam OR nmpaknya. akk sjak ada anak ni dh t.pnah jjak cinema, tunggu muncul kt tv je lah ;D

~ yus ~ said...

suka baca ulasan kak sal pasal ombak rindu ni....

Post a Comment