Wednesday, May 25, 2011

wanita muda itu....

Tiba-tiba seorang wanita muda mendekatinya..wajah wanita yang bercahaya itu ingin membawa si kakak itu ke suatu tempat dengan menunggang seekor burung putih yg besar..


kakak itu mengikut sahaja..


Dlm perjalanan,  dia  melintasi  gunung berapi yg sgt panas..tetiba, bergemalah  berjuta2 manusia yg terpekik terlolong , dia juga nampak beribu2 wanita yg menarik rambutnya, jelas kelihatan wajah beribu2 org lelaki  dengan  tangan dan kaki  di atas,  kepalanya pula  di bawah. lebih menyedihkan apabila dia melihat kepala mereka mengelegak akibat tersentuh lantai yg panas..lalu mereka menjerit2 memohon ampun kpd Allah..


subahanallah...tak sanggup dia nak melihatnya...


Dari sudut lain,  dia diperlihatkan pula lelaki yang dibaham seekor ular hitam yg sgt besar..ular itu merenyuk2 tubuh lelaki tersebut hingga hancur..


Sesudah menyaksikan situasi itu,  dia dikejutkan pula dengan pandangan   beribu2 manusia sedang meminum nanah seperti lahar gunung  berapi yg menggelegak... beribu2  wanita mencucuk besi panas di mulutnya hingga tembus ke kepala..


Allah hu Akbar..
Melalui kawasan lain ...dia melihat beribu2 wanita dan  lelaki  menyebat tubuh sendiri dengan menggunakan rantai daripada api hingga hancur segala isi tubuh..


Dia sangat takut..lututnya mengigil..


Namun, kakak  itu masih belum berjumpa apa yg dihajatinya.....ye, ibunya di mana....dia masih tercari-cari dan tertanya-tanya.....


Wanita muda  itu membawanya ke satu tempat lain......


Dia sampai ke kawasan yang sangat tenang...Ada sungai mengalir jernih...melewati sebatang sungai yg penuh dengan air susu yg lazat ..bnyk pohon rendang..buahnya lebat, semua buah2an di situ  boleh dimakan..burung2 berterbangan..sangat tenang dan mendamaikan, tiada bandingannya di dunia ..


Di situ dia dpt melihat  wajah2 manusia yg  nampak muda dan berseri...
Hatinya berbunga riang apabila terpandang akan  ibunya yg dicari-cari....Wajah ibu tua itu nampak muda berseri.....


Seketika si kakak melepaskan rindu..  berpelukan erat-erat...
setelah puas....ibunya pun memohon utk berlalu pergi..


Tetiba kakak itu tersedar daripada mimpi.dia tercari2 wanita muda yang membawanya ke tempat-tempat tersebut dlm mimpinya....dah ghaib...



Itulah sebuah kisah yg dibaca dlm sebuah majalah......kerana menarik,  saya kongsikan..

Kisah ini diceritakan oleh seseorang mengenai mimpi seorang kakak yg baru kematian ibu...lalu si kakak berdoa supaya Allah memperkenankan doa untuk melihat keadaan ibunya di alam barzakh.... .


wallahualam..
walaupun adaptasi dari sebuah mimpi yg dibaca dari majalah...tapi terkesan jugak..


p/s : Berdoa agar kita dan ahli keluarga semua panjang umur..dpt menambah amal ibadah, dpt menambah kebaikan ...ameen..

7 comments:

Zaitun said...

Seram rasanya bila memikirkan mimpi yang menakutkan.Insyaallah dengan izinNya kita gunakan kudrat untuk membuat kebaikan.

sal said...

Assalamualaikum Zaitun..

insyaAllah...
moga hati sentiasa dekat padaNya..ameen

Maiyah said...

assalam..

menarik jg.. Allah lebih mngetahui

kasihredha said...

salam
jadi peringatan buat kita

Acik Erna said...

assalam sal..terima kasih sudi kongsikan disini..

anie,Nagoya said...

assalammuallaikum kk sal.

sungguh menarik cerita ni.

nadbaptist said...

k sal,

beruntungnya kakak tu kerana Allah memperkenankan doanya untuk berjumpa ibunya walau dalam mimpi..
yang pasti kakak itu mesti insaf setelah dibawa oleh wanita itu melihat sendiri alam barzah
alhamdulillah beruntung lagi kakak itu kerana ibunya ditempatkan dikawasan yg sgt tenang.

menarik sungguh cerita ini..sedih juga bila akhirnya kakak itu terpaksa berpisah dgn ibunya

Post a Comment