Sunday, May 15, 2011

kursus..

Blog ibu beberapa hari ini  mengalami masalah..mungkin susah nak dilawati..maaflah yee atas kesilapan dan gangguan  teknikal...

Baru2 ini ibu  menghadiri satu kursus ..Namanya  Kursus Profesionalisme....... diwajibkan  pergi selama 2 hari 1 malam...Ada rakan2 tak berkesempatan untuk melihat senarai barang2 keperluan yg perlu dibawa melalui internet... dah namanya pun profesionalisme  ingatkan berkursus di chalet  kee..atau  at least dlm bangunan ...maka ada yang  membawa semuanya  pakaian formal iaitu baju kurung ..kesian juga....

Ibu beruntung sedikit, sempat call rakan2 ...jadi semua pakaian yg dibawa bersesuaian dengan tema kursus...

Tempatnya di lembah Bio-Teck Peladang Johor,Sg Lebak, K.Tinggi...sebuah kaw lembah dikelilingi bukit2 dan tasik...cantik kawasannya.. kursusnya pula  ala2 summer camp gitu. sebuah kawasan lembah yg dijadikan ladang2  ternakan kambing, ayam, buah2an, pokok2 tanaman kacukan spt pokok lada, belimbing,tebu dll...
Cantik sangat kawasan ini dikelilingi dengan tasik semua jadi..dan bukit-bukau..
sumber air di sini ialah air gunung yg sangat bersih...

Aktiviti  yang disediakan  termasuk  lawatan2 di pusat ternakan dan tanaman.....tempat ini merupakan anak syarikat milik Petubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) ...


Selama ini mak2nya  memberi kursus kpd anak2 utk kem2 jati diri, tapi kali ini  mak2nya  pula  yang terpaksa  menghadiri kursus yg sebegini...takpe...positive thinking ..



Teringat kata2 ustazah..klu sicomel2 kita  dihantar pergi kursus yg tempatnya susah2,, bagi je..jgn sekat2 atau takut2kan mereka...jgn..jgn..tawakal.. serahkan pd Allah..biarkan mereka berani, pesannya........

Habis tu mak2nya BERANI tak?


membina  dan menaiki rakit ini secara berkumpulan..

 menyeberangi tasik..
memakai jaket keselamatan dan kedalaman air tasik ini ialah 8 kaki...
boleh tenggelam u..


memegang tali dan bergerak sambil berenang...
tepi...tepi sikit..
beri laluan..
kenderaan berat nak lalu nih...
 walaubagaimana pun pasukan bulan sabit merah sentiasa bersama 
dalam setiap aktiviti yang dijalankan..

 Pemandangan waktu pagi..cantik dengan bukit-bukau yang masih berkabus..
oh sungguh nyaman dan segar...sejuknya hingga menggigit tulang..

Ini pemandangan waktu malam..unggun api dinyalakan...menarik ..

 tempat tapak semaian pokok sawi..subur menghijau..

Ladang ternakan kambing kacukan India..lebih besar drp kambing Malaysia...

Menaiki bukit...dan menuruni lurah..sentiasa berpaut dengan pokok dan akar-akar kayu..supaya tak jatuh di lurah yang dalam dan sangat licin..

Perlahan2 bergerak, jika terasa penat..berhenti sebentar, tarik nafas..
maklumlah yang naik tuh adalah mak2 vateran..

Ambulans ini sentiasa bersedia sekiranya ada kemalangan yang berlaku...
bekalan ubat-ubatan yang mencukupi  disediakan..

Selama 2 hari 1 malam di sana....bersyukur..tidak ada kemalangan yang berlaku..

14 comments:

Yan said...

cantiknya tempat..

sayangsayangibu said...

subur pokok2 sayur tu w/pun ditanam di dalam pasu
sya nak tanya akk kerja di LPP ye?

Sz said...

terfikir plak ...
macamana kawan yg bawa semua baju kurung tu kak?
kena la pinjam2 baju kawan2 lain ye...

kasihredha said...

cantiknya permandangan...best!

Pn Kartini said...

Assalamualaikum Kak Sal:)

aduhaii..
memang tak pernah lah kak..
tini kursus2 camni...

aGAK2 Best tak..
Pe2...memang cantik pemandangan sana yaa;)

sweetsal said...

macam jungle trekking je..mesti penat memanjat kan..

LIPISLADY said...

Sallam Sal,

Sekali sekala dapat berkursus
cara summer camp ni memang seronok yee.

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

wah! kak bestnya... Maiza kalau ada kursus mcm ni suka sangat.. selalu kursus kena aircond tak kuar peluh..

Cik Ina Do do Cheng said...

Sal, sejuk mata memandang kawasan tu. Betapa cantiknya ciptaan Allah SWT. bestnya kalau dapat join aktviti cam tu, rasa diri bersemangat semula.

✿....rossa alina....✿ said...

pehh yg tgk pn kata best,yang join pun kompem la double best ek?? :)

anitaare said...

bestnyer dapat gi kursus cam ni..rasa sehat badan kan..

nba-Nur said...

Salam.. Selamat Hari Guru Kak Sal.. Semoga sabar menempuh semua ujian mendatang dalam dunia pendidikan.

Norhafiza said...

selamat hari guru kakSal..

Rinna said...

Seronokkan pergi kursus.. sambil2 tuh leh cuci2 mata dan minda..:)

Post a Comment