Monday, March 4, 2013

Apa perlu dilakukan jika Keluarga Strok?

Assalamualaikum

Setiap saat amat  berharga bagi pesakit  yang diserang strok kerana kerosakan otak boleh berlaku berterusan sehinggalah dia diberikan rawatan. Apabila otak tidak menerima oksigen dalam beberapa minit, sel-sel otak akan mula mati. Sebaik tisu otak mati, anggota badan yang dikawal oleh  otak, tidak boleh berfungsi dengan baik dan inilah yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan.

“Segera bawa pesakit ke hospital. Baringkan pesakit supaya lebih banyak bekalan darah (dan oksigen) sampai ke kepalanya. Jika dalam kereta, baringkan pesakit di tempat duduk belakang dengan membengkokkan kakinya.

“Rawatan seharusnya diberikan dalam tempoh tiga hingga empat jam selepas pesakit mengalami serangan strok. Rawatan ini adalah untuk mencairkan darah beku supaya halangan dalam salur darah dapat diatasi.

“Ingat, dalam perjalanan ke hospital jangan beri apa-apa kepada pesakit termasuklah air, makanan atau aspirin kepada pesakit kerana kita tidak tahu keadaan kesihatan pesakit. Jika pesakit mengambil ubat untuk sakit jantung, pemberian aspirin akan memburukkan keadaan. Sekiranya pesakit muntah, baringkan pesakit dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan muntah daripada termasuk ke dalam saluran pernafasannya.

“Bawa sekali ubat yang diambil pesakit dan rekod kesihatannya. Ini akan membantu memudahkan doktor memberi rawatan yang bersesuaian dengan pesakit,” sambungnya lagi.

Bolehkah serangan strok dicegah?


Ya. Seperti penyakit jantung, strok juga boleh dicegah. Nisbahnya , Satu daripada enam orang akan diserang strok. Ini bermakna semua orang berisiko mendapat strok 

Pesakit strok boleh pulih  jika diberikan rawatan dan sokongan yang diperlukan. Untuk mengurangkan beban strok seseorang perlu bertindak ke atas  halangan berikut iaitu:

1. Ketahui faktor risiko anda sendiri: sama ada tekanan darah tinggi, kencing manis atau masalah kolesterol tinggi.

2. Menjadi individu yang lebih aktif dan kerap bersenam

3. Elakkan masalah obesiti dengan mengamalkan pemakanan sihat

4. Elakkan asap rokok. Jika anda merokok, dapatkan bantuan untuk berhenti sekarang.

5. Belajar mengenali tanda amaran strok dan tindakan yang boleh dilakukan.

6 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Good info... tq for sharing sal.. :)

MulutPayau said...

Terima kasih atas info kak....2 orang rakan sekerja saya baru kena strok disebabkan darah tinggi...mmng menakutkan...

ckLah @xiiinam said...

Assalamualsikum. Kebetulan awal pagi td tgk suami jiran yg katanya tiba-tiba rasa kebas sebelah kiri. Mata kiri jatuh dan tk boleh buka. Mulut pun agak herot ke kiri. Suami dan seorang jiran lain hantar ke wad kecemasan. Ptg td masih di wad tapi saya belum sempat ziarah. Tengok anak anaknya di rumah saja skjp...moga pulih ayah mrk.

~Emaa Hasnah (^_^)~ said...

salam ziarah..

Acik Erna said...

Terima kasih sal

Kakzakie said...

Kakak bila baca hal-hal strok ini teringat arwah mak kakak. Kena strok tapi dapat survive hingga 7 tahun. Dua mingu terlantar kemudian dah boleh berjalan dan bercakap (jadi pelat) tapi 7 tahun kemudian hanya kerana terduduk dgn tetiba dia pergi utk selamanya. ALfatihah buat arwah mak...:(

Post a Comment