Tuesday, July 31, 2012

Ujian..

Assalamualaikum
Moga kita dalam perlindunganNya..

Ujian itu sekadar jambatan sementara. Allah hadirkan musibah agar kita lebih mengerti cara didikan Ilahi..

'Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka sentiasa dalam kebenaran' (Surah al-Baqarah, ayat 186)


14 comments:

Deru Ombak said...

Moga kita di berikan kekuatan dalam menghadapi sebarang ujian dariNYA.
Insyaallah Amin.

sal said...

Deru ombak : amin..moga hati kita sentiasa lekat padaNya dalam suka dan suka..

Acik Erna said...

assalam sal..semoga kita kuat menghadapi apa saja bentuk ujian dari Allah S.W.T

Kakzakie Purvit said...

Selagi kita bernafas kita tak boleh lari dari ujian melanda. Senjata kita selain airmata adalah doa mohon padaNya.

mak encik | SZ said...

salam kak Sal,
ujian tanda Allah sayang kat kita kan...
nak kita sentiasa ingat kepada Dia ...

Kakzakie Purvit said...

Bila dah rasa dekat macam nak jumpa pulak kakak dgn Sal hihi... balik nanti kakak nak tanya adiklah

kasihibu said...

ujian dari Allah tanda kita di sayangi kan?
dan supaya kita tidak terleka

zue said...

setiap yg Allah uji kpd hambanya...ada hikmah disebaliknya.

kasihredha said...

Allah tau yg terbaik unk kita

mamariz said...

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapuskan air matanya dgn imannya,
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menguatkan hatinya dgn ilmunya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hari-harinya akan ia penuhi dgn semangat perubahan lebih baik pada dirinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa memohon keampunan terhadap Robbnya..

Irnanis@mama said...

semoga iman kita tetap teguh..aamiinn ya robb.

Ibuhani said...

Ujian menjdkn kita lbh kuat.....insyaallah!

Nur-nba said...

Ujian sebenarnya satu jalan bahawa Allah sayang pada kita dan ingin menambah pahala kita yang sedia ada.. Maka, kita perlu bersabar, kerana sangat besar ganjaran untuk orang2 yang bersabar.

Kamsiah yusoff said...

hikmah disebalik ujianNYA tak terjangkau oleh pemikiran kita....

Post a Comment