Assalamualaikum..
Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak.
Bagi saya, Ramadhan kali ini terasa lebih ceria sikit berbanding sebelumnya. Sebab tahun lalu bertembung dengan komitmen anak2... yang periksalah, yang ada program lainlah, mengajak minda memikirkan masalah mereka sekali. Prihatin jugaklah ketika itu......sapa lagi nak ambil berat, kalau tak kita, kan.....
Kali ini urusan lebih dipermudahkan..Alhamdulillah..
Kali ini urusan lebih dipermudahkan..Alhamdulillah..
Sempena bulan yang mulia ini sedikit info tentang Doa sewaktu Sujud dan Keistimewaannya untuk peringatan diriku dan dikongsikan bersama .
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja hajat di hati sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah S.a.w yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.
Sabda Rasulullah S.a.w "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya".
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita diikuti. Salah satu amalan yang paling baik dilakukan berdoa ketika sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkan bagiku rezeki yang halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar".
6 comments:
Assalamualaikum kak sal...
terima kasih atas prkongsian ilmu...
Selamat berpuasa utk kak sal dan keluarga...
Assalamualaikum MP..selamat brpuasa, Moga bertambah2 keberkatan di bulan yang mulia ini..amin
dah lama x boleh komen di disini sebab virus malware.
Selamat berpuasa :)
Selamat berpuasa Sal..
Moga dalm setiap kali sujud kita ada doa yg dikabulkan olehNya..
Alhamdulillah akhirnya hari ni dapat msuk keblog sal dengan jayanya.
selamat menunaikan ibadh puasa sal..maaf andai ada kesalahan selama ni
Selamat berpuasa Kak Sal.. Bagus entri ni. Nur juga mohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah.
Post a Comment