Friday, December 2, 2011

Petua Untuk Wanita

Assalamualaikum..
moga kita dirahmati Allah  dan ceria2 selalu hendaknya.
Suka tengok wanita2 seperti ni yee..Walaupun semakin matang dan berusia.
Tapi tetap anggun dan berseri..
Macam manalah dia mengekalkan kecantikan aslinya....hik2
 drp google
Apa-apa pun kita bersyukur ke hadrat Ilahi diberi kesihatan yg baik, 
moga kita  berlapang dada untuk mengerjakan suruhan dan perintahNya...
drp google..
Tadi jalan2 di alam maya ternampaklah petua ni..kita kongsikan yee..
Saya tak tahu kemujarabannya sebab belum cuba lagi..
sekadar pengetahuan dan alternatif...boleh juga kalau mencuba petuanya..

1.Petua Seri Muka:
 Basuh muka dgn air basuhan beras yg ketiga. Bilas dgn air bersih setelah 10 minit.

2. Wajah berkedut: 
Gaulkan 1 biji kuning telur,1 sudu kecil minyak zaiton dan 5 titis perahan limau nipis.
sapu 10 minit pd muka. Buat 1 minggu sekali.kulit lebih segar.

3.Hilangkan bintik2 hitam pd muka: 
Tumbuk 10 helai daun pegaga yg telah dicuci air garam.
Campurkan bedak sejuk. Sapu pd muka sehingga bintik2 hitam hilang.

4.Haluskan muka:
Petua a: kisar Buah tomato dan lumurkan pd muka seketika.
Cuci dgn air suam.Tomato berfungsi untuk bersihkan kulit.
Petua b: Bancuhkan sedikit asam jawa, air dn sesudu tepung ubi.
Kacau. Pupurkan pd muka selama 15 minit
Petua C:Didihkan susu segar atau susu tepung dan air. 
Apb sejuk  sapu pd muka. Biarkan kering seketika dan basuh dengan air bersih.

5.Tegangkan Muka:
Petua a: Campurkan air, tepung ubi kayu dan timun yg disagat atau hancurkan.
Sapu pd muka.
Petua b: Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. 
sapu pd muka.

6.Melembapkan muka:
Petua a: Ambil bbrp kelopak kobis, tumbuk lumat dan campur madu.
Tepek pd muka. Amalkan seminggu sekali
Petua b: Tomato  yang dikisar, Lumur pd muka seketika. Tomato membersihkan kulit.


wassalam, moga bermanfaat.

9 comments:

Nur-nba said...

Bagus petua ni.. Thanks Kak Sal..

Pn Kartini said...

Salam my dear sis...

Akak....baca petua2 tu...antara rajin dan malas je kan kak...

Siapa yg rajin dgn keazaman yg kental..pasti tiada masalah dan halangan mempraktikkannya....;)

MulutPayau said...

boleh jugak cuba petua2 tu...kalau rajin amalkan sllunya berkesan...tapi biasanya kalau saya, buat sekali dua, lepas tu dah tak buat...

Zaitun said...

Terima kasih kongsi tips.

Muka artis memang tak nampak tua tak tau apa dia orang buat .

missgee said...

Kak Sal,
Lepas jgn terejut tau
kalo muka saya macam budak
sekolah.. :P

Anyway, thanks petuanya :)

sal said...

Assalamualaikum

kepada rakan2 Nur, Mp, Pn Kartini,Zaitun,Missgee: terima kasih kerana meluangkan waktu untuk mencorat-coret di sini..moga bermanfaat..

Unknown said...

salam kak sal...

selalu baca petua macam ni, tapi malas nak buatnya walaupun bahan2 nya mudah..huhu

mamawana said...

Salam Sal,

Bagus banget petua ni. Kadang2 jer mama buat. Tapi masa remaja memang rajin gila buh timun kat mata, lenyek tomato kat muka alhamdulillah muka memang tak berjerawat. Thanks.

kasihibu said...

banyak petua dulu dulu sangat berguna , tapi sya tak rajin nak mengamalkan
sayang kan?

Post a Comment