Apabila sejadah telah dibentangkan dan kedua-dua kaki berdiri tegak.
Jangan biarkan dunia terlepas masuk ke dalam benteng hati.
Kunci segala pintu angan-angan dunia sebentar ...
Fokuskan hati untuk pertemuan dengan Ilahi...
Tekun melakukan dan menghayati rukunnya dengan tertib..
Rahsia Pergerakan dalam solat :
1. Niat solat : Sebenarnya memelihara taubat kita di dunia dan akhirat
2. Berdiri betul: Fadilatnya : meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya :Sebagai pelita menerangkan di dalam kubur.
4. Fatihah : Sebagai pakaian indah2 di dalam kubur.
5. Rukuk: Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'Tidal : Akan memberi minuman dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh mungkar dan nangkir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Memberi salam: Memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Sumber: Tazkirah Jumaat .
Wallahualam.
P/s : Sebagai peringatan dan motivasi untuk diri dan anak2.
6 comments:
Assalamu'alaikum Sal.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu. :)
Salam k sal
Sempurnanya solat....sempurnalah akhlak..
Terimakasih utk peringatan ini...
:)
salam
good info
Salam.
Kak Sal, apa khabar? Terima kasih atas info ini. Selamat kembali bertugas ye. Lepas ni sibuklah kita.. :)
sal terima kasih kongsi disini..boleh jugak dijadikan panduan ..
Assalamualaikum..
kakcik, Pn. Kartini, Kasihredha,Nur, Erna..
Terima kasih krn mencatat sesuatu di sini untuk dikongsi. Moga bermanfaat buat kita semua..
Post a Comment