Friday, December 30, 2011

kuih Frozen

Assalamualaikum..
Semoga kita semua dalam perlindungan-Nya.

Berhampiran dengan rumah, ada sebuah kedai bumiputera  menjual kuih-kuih  frozen. Sudah setahun beroperasi tetapi baru kali pertama  dikunjungi kerana tak perasan kewujudannya dalam dunia maya  dunia nyata..dekat dengan rumah pulak tu..
kuihnya boleh tahan sedap...
Senanglah ...jika emergency case,  saudara mara  datang secara terjah-terjah,  tak beritahu awal-awal maka berpeluanglah makan yang frozen-frozen..Lainlah kalau beritahu awal-awal dapatlah sediakan apa-apa..
Foto kuih-kuih frozen  ni diambil daripada pakcik google, tak sempat nak upload gambar sendiri..tapi inilah antara kuih-kuih yang dijual. Roti canai segera pun ada. Hari itu sekeluarga mencuba roti canai segeranya,  sedap dan tebal pula..kuah karinya pula buatlah sendiri..
Sebenarnya di rumah pun anak2 tak pemakan, kalau buat kadangkala tak habis..lasly masuk kat peti sejuk kemudian....membazirkan..kalau kita masak tak dimakan rasa penat, lebih baik beli seketul dua dari gerai berhampiran......kalau ramai-ramai makan baru semangat sikit nak masak-masak kuih....

Roti  yang di bawah ni pula adalah roti buatan sendiri ..bukan frozen....
sekian wassalam..

11 comments:

Ati Masrif said...

salam kak,

jiran sebelah rumah ati pun
ada jual karipap pusing...sedap
kalau jiran rapat dia jual 3 utk rm10 je :)

pena rozie said...

Kalau anak tak makan baik beli ajer....

mak encik | SZ said...

senang tu kak!
saya pun bekpes mmg standby yg frozen...
anak2 kecik ni selera nak makan ....

Nur-nba said...

Kak Sal, kat mana kedainya?

kasihibu said...

banyak jenis tu, kalau dekat dgn sya, memang wajib simpan untuk buat sarapan anak anak

Ros said...

Salam sal,

la ni semuanya mudah kan Sal....?baru ni pun Kak Ros beli kuih karipap frozen ni la buat kenduri tahlil mak mertua Kak Ros,senang..balik goreng ja....pasai dah tak dak masa dah....

Zaitun said...

Penghuni kat rumah kak Zai pun tak pemakan.Kalau buat hantarlah kat jiran dari membazir.

Acik Erna said...

assalam sal..suami memang suka beli kuih frozen ni..tau2 dah siap digoreng aje..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Selamat tahun baru 2012, semoga hidup Sal sekeluarga akan lebih baik pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya, InsyaAllah : )

Sal senanglah cam tu kalau saudara mara emergency datang ke rumah : )

MulutPayau said...

Saya pun selalu beli kuih frozen..mudah dan mnjimatkan masa...

Selamat tahun baru 2012....

sal said...

Assalamualaikum ATI,MP,Cik Ina,Erna,Zaitun, Ros,Nur, SZ,KASIH IBU, Rozie..terima kasih semua krn sudi bertandang ke sini..moga bermanfaat..

Kepada Nur..nak tau kedai frozennya...infonya :)
Lena Frozen Food, No 59 Jln Sri Skudai, Tmn Sri Skudai..berhampiran jalan masuk sri skudai di jambatan tu...dekat smk skudai..

Post a Comment