Monday, December 19, 2011

Kesan Duduk Terlalu Lama

Duduk terlalu lama di depan komputer  kerana menghabiskan kerja berjam-jam.
boleh mengundang kesan buruk iaitu otot-otot tubuh menjadi kaku, keras dan mata pedih.
Laporan Hasil Kajian Inst. Perubatan New Zealand yang disiarkan dalam New Zealand Medical Journal mendapati bahawa individu yang duduk terlalu lama berisiko tinggi mengidap darah beku.

Satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap  darah beku (DVT)
adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.


Persekitaran yang sejuk mempercepatkan lagi pembekuan darah yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat.

Cegahan Darah Beku..
1. Memakai stokin boleh mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah .
    Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam


9 comments:

Rina Rahamat said...

peringatan utk mereka yg blogging 24 jam juga nih :)

nur said...

Sal,
Setuju dengan apa yang cik betty kata.. duk depan komputer lama2 khabarnya banyak side effect..

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear Kak Sal:)

"Akukah itu???Ohh tidakkkkk!!!!.."
hehehe..;)

Nur said...

Kalau dah terlalu lama, memang berbahaya.. Kena buat senaman bahu dan tangan untuk elak kekejangan.

Acik Erna said...

sal..risau jugak kan..sebab kalau lama di omputer memang akak rasa jejari kebas..sakit disendi2 pun terasa.

Mak Su said...

bersenam dah malas, huhuhu

MulutPayau said...

peringatan utk diri saya jugak....skrang ni mata pun jadi pedih...dan rasa kebas kaki...

Nek Cun said...

Sal, rasanya memang betul kut analisa tu... tapi kalau dah kerja kita kena mengadap komputer jer, camna ya?... hehehe...

Zaitun said...

Kak Zai gunakan pengurut badan dan kaki kalau dah lama duduk.

Post a Comment