Wednesday, December 21, 2011

Hikmah Ayat 1000 Dinar

Antara kelebihan ayat 1000 dinar..

Dengan izin Allah..
bertawakal, bertaqwa dan membaca ayat ini..
mudah2an..
Allah mengadakan jalan keluar dari kesulitan...
Hikmahnya lain:
- Untuk memohon rezki
- Memohon terlindung daripada musibah
- Memohon dilindungi daripada syaitan dan iblis.
Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

16 comments:

Nur-nba said...

Terima kasih Kak Sal atas perkongsian.

Pn Kartini said...

Assalamualaikum Kak Sal:)

Dalam pada mengemas2 semlm ..terjumpa juga ayat2 seribu Dinar ni..
Tksh kak utk perkongsian ilmu..:)

Anonymous said...

Assalamualaikum Sal,

Rezeki yang Allah berikan boleh datang dari mana-mana arah.

Teringat arwah tok ki dulu, selalu ingatkan kak ani suruh amal ayat 1000 dinar ni. Bagus katanya.

kasihredha said...

arwah atok akak selalu suruh baca ayat ni..
dari kecik akak dah hafal..
tapi sekarang selalu lupa nak mengamalkannya :)

nur said...

AsSalam sal..
Mujarab tu ayat seribu dinar... elok sangat kita pakat amalkan baca lebih2 lagi saing baca ngan Surah al-Waqiah lepas buat Dhuha..

Salina@IbuAqil said...

TQ sis.. 4 the info.. :D

Rina Rahamat said...

ayat ni bagus utk mrk yg berniaga kan :)

Acik Erna said...

Assalam sal..terima kasih sal..kerana ingat mengingat sesama kita..

mak encik | SZ said...

salam kak sal...

insyaAllah sama2 kita amalkan ye kak!

cikceriacorner said...

salam akak..

terima kasih info ni..sharing is caring..ehhe

ibundo said...

banyak kelebihan ayat2 alQuran. Kita je yang tak tahu atau tak nak ambil tahu.

Ati Masrif said...

salam kak sal,

terima kasih. info yg berguna :)

ieja amieja said...

alhamdulillah..selalu amalkan tiap kali lepas solat ngan ayat lakod jaakum tu..lbh2 lg lepas solat subuh n magrib..ayt2 alQuran ni mmg byk kelebihannyer..

suri solehah said...

terima kasih atas perkongsian..lama tak ke sini.rindu tuan rumah

MulutPayau said...

terima kasih atas perkongsian......

sal said...

assalamualaikum..
Nur, Pn.Kartinie, kunang-kunang,kasihredha, Nur, Salina,Rina, erna, SZ, cikceria,Ibonda, Ati, ieja, suri, MulutPayau..
terimakasih semua kerana sudi bertandang..
moga bermanfaat untuk dikongsikan..

Post a Comment