Sebagai HAWA diakui, bukan mudah kita menggalas pelbagai tugas , semuanya perlu diurus dengan bijak...tugas utama sebagai Hamba Allah, manakala tugas yg tak boleh ditolak tepi adalah sebagai
Hari ini merupakan hari terakhir Hani menjalani peperiksaan SPM.... baru boleh menarik nafas lega..setelah berkurung membataskan pergerakan hanya di daerah2 yg dekat shj, tak boleh terbang jauh sikit spt burung ....
'Nanti, tolong bawa barang yang saya mahu tu ye' pesan Hani ..
Kul 1.00 ptg, kami dah tercegat di sekolahnya. Dia muncul sekejab untuk memberitahu bahawa dia lewat sedikit kerana berurusan dengan guru SPBT untuk memulangkan buku teks. berkilo jugalah beratnya buku teks itu, dlm keretaku pula ada kubawa sedikit kuih muih yang dipesan untuk sambutan birthday kawannya, satu beg berisi hadiah untuk guru kesayangan.....semuanya layan....bertuah..
Bosan menunggu Hani, ku keluarkan handphone dan snap gambar sekolah dari dalam kereta, terlupa pula bawa kamera .........tiba-tiba terasa nak renung sekolah itu puas-puas. Memang di sini terhimpun satu kenangan manis ..Si Hani sendiri pada mulanya kurang selesa berada di tempat ini, sentiasa berkeluh resah, tetiba jadi sayangkan sekolahnya..aneh..
Selama 2 tahun menjadi penunggu setia ... Apabila Hani pulang..terkadang dia keluar 1/2 jam awal, dia yg tercanguk di depat gate macam menunggu buah tak jatuh, terkadang pula dia balik lewat sehingga 45 minit, maka saya pula jadi makcik jaga . Mencongak masa 45 minit tu kalau masak nasi sudah boleh dijamah......Sesekali terfikir2 mengapalah Hani menolak tawaran sekolah berasrama penuh dulu..tak apalah semuanya telah berakhir dan yang pahit itu akan jadi manis jika terselitnya hikmah untuk dikenang ......
Walaupun sejak cuti sekolah tugas driver diambil alih oleh angah dan along yg kebetulan sama bercuti.Tapi kalau angah drive , tak harapkan 100% lagi, masih dalam pemantauan , Belum berani nk lepaskan dia bawa sorang-sorang kerana melalui jalan yg bertali arus dengan kereta....
'Brum2...' Angah menekan pedal kereta untuk meninggalkan kawasan sekolah ..
Selamat tinggal SMKTUN dan warganya..terima kasih semua krn mendidik Hani di sini...jasamu dikenang, Moga keredhaan, keikhlasanmu menabur bakti mencurah ilmu mendapat ganjaran yg tinggi dariNya, Amin.!!!!
13 comments:
Selamat tinggal 2011 selamat datang 2012.. ;)
dah habislah hani sekolah kt sini ya..
Salam kak Sal..
Kiranya bercuti pjglah yaa hani....mmg sedih tu ada bila nk tinggalkan sekolah....pasti dikenang2....:)
Assalam....berganti ke sekolah lain lah pula hani ya
cuti cuti asik... melancong hahaha
Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
Assalam sal..amin..
hanya menunggu keputusan..semoga cemerlang..
apa perancangan hani sementara menunggu keputusan SPM diumumkan..
amin
semoga Hani berjaya dgn cemerlang
Assalamualaikum kak sal...
Dah habis lah Hani kat skolah tu ya...tentu bnyak kenangan yg terpahat....
Semoga Hani beroleh kejayaan yg cemerlang...
Semoga Hani berjaya dalam SPM..
Sekolah akan tumpang bangga :)
tumpang sedih la kak...
hari tu mengingati hari2 terakhir anak di tadika pun bikin hati saya sedih... dia biasa2 je kot..saya plak sedih nnt dia dah tak sama2 kelas ngan bff dia...
Tentu banyak kenangan pahit dan manis dalam memories.Apa2 pun semoga Hani mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan yang akan diperolehi.
Assalamualaikum
kepada semua rakan2..
salina, rina,Pn. Kartini, Zaiton,SZ, Missgee,MulutPayau, Kasihredha,Acik erna,konde,Embun Rosaliza : terimakasih kerana meluangkan masa membuat catatan di n3 saya..Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri..moga bermanfaat untuk dikenang..
Biasalah tu Kak Sal, kadang2 ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Kalau Hani terima tawaran masuk ke asrama penuh, tak dapat akak memantau perkembangan dan pergerakan dia sepanjang masa. Semoga Hani dapat keputusan SPM yang cemerlang yang akan membanggakan ibu, ayah, keluarga & guru-gurunya.
Post a Comment