Saturday, October 29, 2011

Mengapa Lambat...

MENGAPA LAMBAT ALLAH MENGABULKAN DOA KITA ????

Hari tu ketika duduk2 di depan televisyen, keluarlah tajuk ini .Menarik pula....
Banyak  yg diutarakan... saya sentuh  sedikit saja..

APABILA DOA LAMBAT DIMAKBULKAN, 
mungkin Dia mahu...

...memberikan  ketenangan dan kelapangan dalam hati 
atau mengelakkan diri dari kecelakaan,
atau mengantikannya dengan pahala...
(al-Khatabi)

APABILA ALLAH TIDAK MEMPERKENANKAN DOA... 

'Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, 
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah). Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), 
sedangkan kamu tidak mengetahuinya'
(surah al-Baqarah:216)

MUSTAJABNYA  PERMINTAAN APABILA...

Berdoa ketika berpuasa
Berdoa ketika bermusafir
Berdoa di hujung solat-solat fardu
Doa orang dizalimi
Doa ibubapa kepada anaknya.

INGATAN UNTUK DIRI...

'Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku 
maka (beritahu mereka) Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka): 
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu 
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu ..." 
(surah al-Baqarah:186)

13 comments:

kakcik said...

Kita mempersoalkan kenapa Allah lambat mengabulkan doa kita sedangkan kita sendiri sering leka dalam menunaikan segala perintahNya. Kita tahu kita lemah, tapi kita sering berlagak seolah2 kita tersangat gagah. :(

Acik Erna said...

Assalam sal..terima kasih mengingatkan lagi.
Hanya Allah yang tau apa yang terbaik buat hambanya..kan sal..

~ yus ~ said...

perkongsian yang baik...

selalu kita mempersoalkan kenapa doa kita tak termakbul, tapi kita sendiri leka dengan cara kita berdoa dan tak bersungguh-sungguh kan kak..

Yan said...

TQ for sharing kak.. INSYALLAH..

ainnoraini said...

tq kak sal..saling sama2 ingat mengingatikan..kite ni manusia kadang2 mudah terlupa...

MulutPayau said...

terima kasih atas prkongsian ini.......

Ros said...

Salam Sal,

Terima kasin dengan perkongsian ni,allah maha segala galanya,dia lebih mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk keatas hamba dia.

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum sal


satu perkongsian yang baik, semoga sesiapa yang membaca mendapat manafaat termasuk cik ina.

♥ manje ♥ said...

kalau doa tak dimakbulkan ALLAH juga
barangkali kita tak bersungguh2 dan ikhlas memintanya...

assalamualaikum cikgu :) ~

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sharing yg baik kak :)

Ati Masrif said...

salam kak,

kadang2 ati ni pun kalau tengok
cerita2 agama yang menarik tajuknya
boleh terpaku sampai habis

menarik sekali..thanks kak :)

@xiiinam said...

Semoga kita terus jadikan doa sebagai senjata kita...berdoa saja sudah dapat pahala. Lengkapnya Islam, kan....
Memberi atau tidak, itu hak Dia, yang maha Pemberi, Maha Kaya, Maha Adil, Maha mencukupkan...

Nur said...

Entri yang bagus.. Doa senjata mukmin. Kita hendaklah berbaik sangka dengan apa yg terjadi.. tentu ada hikmahnya.

Post a Comment