Tuesday, October 4, 2011

Diana..

Semalam saya call anak. Anak cerita tentang Diana (bukan nama sebenarnya).Kini Diana belajar foundation di sebuah kolej di KL . Yuran pengajian ditanggung oleh ayahnya. ketika mengakhiri perbualan,  anak  menyuruh saya menghubungi Diana....

Diana????.........ingat dia.. classmate anak di sekolah rendah. Ayahnya seorang doktor perubatan. Namun  ada  beberapa hal tentang ayah Diana yang tidak begitu menyenangi saya, lalu  menasihatkan anak supaya berpada-pada ketika berkawan ngan Diana. Itu cerita di sekolah rendah.Selepas itu, kami lost contact. Masing-masing berpindah sekolah. Tetiba baru beberapa minggu ni, Diana ditemui melalui FB.

Atas permintaan  anak, saya call Diana..

'Makcik, saya kini telah menjadi saudara baru...' kata  Diana di hujung talian.....

'Makcik, saya tak minta izin dengan ayah untuk masuk Islam, apabila ayah tahu, dia marah lalu dia tak menghantar duit belanja lagi..saya terpaksa berjimat2, kadangkala makan meggi jee . Ayah suruh saya kembali.......saya tak mahu.' kata Diana bernada sayu..

Saya memang tahu ayahnya  strict .

'Mengapa  masuk Islam..Siapa dorong awak ?' Saya bertanya padanya soalan direct

'Tiada siapa yang dorong saya. Saya dah Islam setahun yang lalu. Saya mimpi tentang Islam. Sya mimpi melihat  kaabah. Saya dengar azan. Hati saya tenang..." Hujah  Diana bersungguh-sungguh..

Tak dapat dinafikan hidayah itu datang daripada Allah. Sesiapa yang Dia kehendakinya itu urusan Allah.

 Diana kini  masih terumbang ambing.  takde sesiapa di sana yang membantu.Dia perlukan  sokongan moral, bimbingan, kewangan dan keluarga angkat...

Setakat ini je yang saya tahu tentang perkembangan terbaru......

12 comments:

Ati Masrif said...

salam kak sal,

alhamdulilah bertambah saudara baru kita

semoga ada yang membantu diana tu..insyaAllah

Norhafiza said...

alhamdulillah...diana dah terima hidayah ALLAH SWT...bergenang air mata No dibuatnya..semoga segala urusan diana dipermudahkan olehNYA..biasanya ada badan sukerela yang membantu golongan mualaf ni kak..cuma yg saya tau PERKIM je la..yg lain xtau..

Miss "L" said...

indahnya memeluk islam dgn hidayah...

Miss "L" said...

oh ye kak sal..kalo xkeberatan..bole anta detail tentang diana kat emel saya.xpun kirimkan no phone saya pada diana andai dia perlukan bantuan-0133078249

ibuintan said...

syukur... Allah telah memberi Diana petunjuk dan hidayah


moga Diana terus diberi sokongan dan bimbingan

missgee said...

Alhamdulillah,
Diana orang bertuah..
Dipilih dapat hidayah semasa kat dunia..

Semoga dia lebih kuat dan ada yang membantunya..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

alhamdulillah..ada x tempat utk saudara baru bergantung ya selain belajar agama di PERKIM..mcm bantuan dr segi sokongan moral, kewangan dsb?

nur said...

Salam sal...
Alhamdulillah, makin bertambah saudara seIslam kita. Moga ada yang tampil membantu InsyaAllah. Ada ustaz pesan, jika berada di kalangan kita, wajib bantu mana2 part yang mampu dan tahu agar saudara baru tidak mudah patah semangat atau hilang arah. Kalau ada kelas di masjid/surau ajak join sekali, inform ustaz dan perkenalkan dekat kengkawan for moral support...
Thx sal untuk n3 ini..

~ yus ~ said...

syukur , bertambah lagi saudara baru...

mungkin akak boleh menjadi keluarga angkatnya...

MulutPayau said...

Alhmdulillah....brtmbah saudara baru...semoga Diana diberi kekuatan utk mnghadapi segala dugaan...

Pn Kartini said...

Alhamdulillah..
syukur diberikanNya hidayah buat 'Diana'..
betapa dia diantara yang beruntung terpilih olehNya...Semoga beliau diberi kemudahan dan kekuatan dalam mengharungi dugaan dan cabaran sbg saudara baru.InsyaAllah

ieja amieja said...

alhamdulillah, bertambah lg saudara sesama islam kita..semoga diana tabah mengharungi dugaan n cabaran baru ..aminn
salam kenal yer n dah follow

Post a Comment