Friday, September 16, 2011

Dia Masih Sedih..

Ketika kami melawatnya dua minggu lalu, kakak itu masih bersedih dan murung. Meskipun telah dua bulan suaminya meninggal dunia.  Hari Raya pun macam tak berseri. Persiapan raya dilakukan sangat sederhana.. sekadar yang termampu...


Ingatannya masih kuat pada orang yang disayang. Selama puluhan tahun hidup bersama tetiba  suaminya pergi tanpa meninggalkan pesan..... siapalah yang tak sedih..sudahlah anak sulung yang dirinduinya  masih di UK kerana menyambung pengajian PHDnya..tiba-tiba pula suaminya........eh, dia benar2 kesunyian ......


'Bersabarlah kak..' itu saja yang sempat diluahkan sambil menepuk-nepuk bahunya di awal pertemuan....


Semalam ketika sedang menonton rancangan sempena Sambutan  Perayaan Kemerdekaan Malaysia..kami dikejutkan lagi  dengan deringan telefon  bahawa ayahandanya pula pulang  ke rahmatullah..


Berturut2 dua orang yang dikasihi pergi meninggalkan kakak itu  buat selama-lamanya..


Ayahandanya adalah bapa saudaraku...bermakna Pakcik tu adalah adik  ayah ...kini semua adik beradik ayah telah menemui ILahi..


Kami bergegas pulang...kepantasan orang-orang desa mengurus jenazah menyebabkan  kami hanya sempat berada  di sisi pusaranya mendengar bacaan talkin.. 


Berjabat tangan sambil berpelukan..


'bersabarlah, Allah lebih sayangkan  pakcik' sedikit ucapanku terkeluar untuk meredakan emosinya semasa hendak pulang...


'Orang tua kita semua sudah tiada,  tali persaudaraan tak akan putus...' katanya menyebabkan saya  sedikit sebak......


Tiada apa yang kekal di dunia ini..semuanya adalah pinjam-pinjaman..


kepada yang masih ada orang2 kesayangan di sisi, terutama ayah dan ibu, suamI isteri hargailah  mereka... Jangan persia-siakan pengorbanannya yg pernah dicurahkan kerana..siapalah kita kalau bukan mereka... 

18 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga kesedihannya terubat juga nanti. Untuk yang telah pergi, semoga syurgalah tempat mereka. Amin.

sekadar satu coretan said...

Semoga kakak tu tabah dan byk2 bersabar...semoga kedua2 org yg disayangi tu...ditempat golongan yg beriman
....
Alfatihah...

kasihredha said...

kematiaan adalah sesuatu yg pasti
kesedihan pasti terasa bila kehilangan
org2 tersayang

Pn Kartini said...

Assalamualaikum KakSal..

Sememangnya pemergian yang tersayang memang pasti akan dirasai......
Tempoh masa 2 bulan masih baru..pasti kenangan sentiasa bermain di minda..
Sebegitulah pemergian ayahanda yang telah masuk bulan 8 bulan.....masih teringat2 hingga kini....bak rindu yang tiada penghujungnya......

Anonymous said...

Betul Sal, ketika orang2 yang kita sayang masih disisi, sayangilah mereka dan bila mereka telah tiada jangan lupa hantarkan kepada mereka doa dan lain-lain yang boleh membantu mereka di sana.

Takziah pada Sal dan keluarga almarhum, Al-Fatihah untul roh Almarhum. Semoga 'kakak' tu tabah menghadapi semua ujian Allah ni.

missgee said...

Sedihnya..

Salam Takziah untuk akak sekeluarga..

P/s: Semoaga Kakak itu lebih tabah.. Lebih kuat.. Lebih sabar.. Sungguh besar dugaannya.. Ada hikmah sebaliknya :)

Cikgu Tie said...

Memang sedih sangat...
Hanya masa yang mampu mengubat kesedihan itu di samping berdoa semoga Allah akan tabahkan hati. Setiap dugaan pasti ada hikmahnya.

Acik Erna said...

Assalam sal..alfatihah buat yang telah pergi.
siap yang tak merasa sedih bila kehilangan orang tersayang sal..

Maiyah said...

assalam..

takziah buat keluarga.. hrp dpt menempuh dgn sbr

No Lan said...

salam takziah dari No ye kak...semoga roh arwah dicucuri rahmat...alfatihah...amiiiiin

Anonymous said...

Err.. cam wakil laki-laki ler pulak...
Takziah kak sal. Masa akan terus berlalu.
Akan tiba nanti saat kita pula ditangisi oleh mereka menyayangi kita..kan..

Zaitun said...

Al-Fatihah buat kedua2 arwah dan takziah buat keluarga kakak sal.

mak encik | SZ said...

bila fikir semua yang kita ada ni hanyalah pinjaman Allah semata-mata... sedikit sebanyak mengubat hati yang bersedih...
Alfatihah untuk allahyarham...

Ati Masrif said...

berat sungguh dugaan beliau

semoga beliau kuat dan tabah

fmly belah nenek ati
selepas ketiadaan nenek
hampir semua terputus hubungan

MulutPayau said...

Al-Fatihah utk arwah dan takziah utk keluarga ..berat mata memandang...berat lagi bahu memikul bebanan...semoga beliau tabah dan sabar...

suri solehah said...

takziah untuk akak n keluarga akak sepupu akak..moga roh mereka ditempatkan bersama orang2 soleh...

sedih pulak baca ayat terakhir akak..terasa diri ini yang sering mengabaikan ibu bapa..

Bibu said...

Assalammuallaikum.

takziah.moga rohnya dirahmati n ditempatkan org2 yg beriman.

Nur-nba said...

Salam takziah. Dah tentu perasaan sedih masih ada. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Moga dia cekal menghadapi dugaan mendatang

Post a Comment