Ketika kami melawatnya dua minggu lalu, kakak itu masih bersedih dan murung. Meskipun telah dua bulan suaminya meninggal dunia. Hari Raya pun macam tak berseri. Persiapan raya dilakukan sangat sederhana.. sekadar yang termampu...
Ingatannya masih kuat pada orang yang disayang. Selama puluhan tahun hidup bersama tetiba suaminya pergi tanpa meninggalkan pesan..... siapalah yang tak sedih..sudahlah anak sulung yang dirinduinya masih di UK kerana menyambung pengajian PHDnya..tiba-tiba pula suaminya........eh, dia benar2 kesunyian ......
'Bersabarlah kak..' itu saja yang sempat diluahkan sambil menepuk-nepuk bahunya di awal pertemuan....
Semalam ketika sedang menonton rancangan sempena Sambutan Perayaan Kemerdekaan Malaysia..kami dikejutkan lagi dengan deringan telefon bahawa ayahandanya pula pulang ke rahmatullah..
Berturut2 dua orang yang dikasihi pergi meninggalkan kakak itu buat selama-lamanya..
Ayahandanya adalah bapa saudaraku...bermakna Pakcik tu adalah adik ayah ...kini semua adik beradik ayah telah menemui ILahi..
Kami bergegas pulang...kepantasan orang-orang desa mengurus jenazah menyebabkan kami hanya sempat berada di sisi pusaranya mendengar bacaan talkin..
Berjabat tangan sambil berpelukan..
'bersabarlah, Allah lebih sayangkan pakcik' sedikit ucapanku terkeluar untuk meredakan emosinya semasa hendak pulang...
'Orang tua kita semua sudah tiada, tali persaudaraan tak akan putus...' katanya menyebabkan saya sedikit sebak......
Tiada apa yang kekal di dunia ini..semuanya adalah pinjam-pinjaman..
kepada yang masih ada orang2 kesayangan di sisi, terutama ayah dan ibu, suamI isteri hargailah mereka... Jangan persia-siakan pengorbanannya yg pernah dicurahkan kerana..siapalah kita kalau bukan mereka...
18 comments:
Semoga kesedihannya terubat juga nanti. Untuk yang telah pergi, semoga syurgalah tempat mereka. Amin.
Semoga kakak tu tabah dan byk2 bersabar...semoga kedua2 org yg disayangi tu...ditempat golongan yg beriman
....
Alfatihah...
kematiaan adalah sesuatu yg pasti
kesedihan pasti terasa bila kehilangan
org2 tersayang
Assalamualaikum KakSal..
Sememangnya pemergian yang tersayang memang pasti akan dirasai......
Tempoh masa 2 bulan masih baru..pasti kenangan sentiasa bermain di minda..
Sebegitulah pemergian ayahanda yang telah masuk bulan 8 bulan.....masih teringat2 hingga kini....bak rindu yang tiada penghujungnya......
Betul Sal, ketika orang2 yang kita sayang masih disisi, sayangilah mereka dan bila mereka telah tiada jangan lupa hantarkan kepada mereka doa dan lain-lain yang boleh membantu mereka di sana.
Takziah pada Sal dan keluarga almarhum, Al-Fatihah untul roh Almarhum. Semoga 'kakak' tu tabah menghadapi semua ujian Allah ni.
Sedihnya..
Salam Takziah untuk akak sekeluarga..
P/s: Semoaga Kakak itu lebih tabah.. Lebih kuat.. Lebih sabar.. Sungguh besar dugaannya.. Ada hikmah sebaliknya :)
Memang sedih sangat...
Hanya masa yang mampu mengubat kesedihan itu di samping berdoa semoga Allah akan tabahkan hati. Setiap dugaan pasti ada hikmahnya.
Assalam sal..alfatihah buat yang telah pergi.
siap yang tak merasa sedih bila kehilangan orang tersayang sal..
assalam..
takziah buat keluarga.. hrp dpt menempuh dgn sbr
salam takziah dari No ye kak...semoga roh arwah dicucuri rahmat...alfatihah...amiiiiin
Err.. cam wakil laki-laki ler pulak...
Takziah kak sal. Masa akan terus berlalu.
Akan tiba nanti saat kita pula ditangisi oleh mereka menyayangi kita..kan..
Al-Fatihah buat kedua2 arwah dan takziah buat keluarga kakak sal.
bila fikir semua yang kita ada ni hanyalah pinjaman Allah semata-mata... sedikit sebanyak mengubat hati yang bersedih...
Alfatihah untuk allahyarham...
berat sungguh dugaan beliau
semoga beliau kuat dan tabah
fmly belah nenek ati
selepas ketiadaan nenek
hampir semua terputus hubungan
Al-Fatihah utk arwah dan takziah utk keluarga ..berat mata memandang...berat lagi bahu memikul bebanan...semoga beliau tabah dan sabar...
takziah untuk akak n keluarga akak sepupu akak..moga roh mereka ditempatkan bersama orang2 soleh...
sedih pulak baca ayat terakhir akak..terasa diri ini yang sering mengabaikan ibu bapa..
Assalammuallaikum.
takziah.moga rohnya dirahmati n ditempatkan org2 yg beriman.
Salam takziah. Dah tentu perasaan sedih masih ada. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Moga dia cekal menghadapi dugaan mendatang
Post a Comment