Oh, melangkah ke daerah ini.. memang terasa....... Sentuhannya memberi ketenangan dan kedamaian.... Sejak permulaan awal-awal lagi, Pada waktu dini hari...apabila menapak anak2 tangga , sudah kedengaran suara ustaz mengalunkan nasyid memuji2 nama Allah serta rasul junjungan bergema di seluruh kawasan ... mendayu2 , terasa sangat 'touching' untuk mengajak hambanya yang setia.... remember Allah greatness. Allahhu Akbar, Syahdu..
Saya akui kali ini Ihya Ramadan provides a unique meaning dalam kehidupan kami sekeluarga n bring new aspirations . why? I indefinite the answer .
Walaupun ahli keluarga yg be'ramadan' bersama2 di rumah semakin mengecil, namun ..... Ramadan spirit that never faded...
Di tempat kerja..Ihya ramadan diteruskan dengan pelancaran bulan tersebut, bacaan yasin hari Jumaat serta takzirah dari naib ketua yang seperti bapa menasihati anak2nya , tazkirah waktu rehat setiap hari, majlis berbuka puasa, bertadarus, majlis berkhatam Quran, berjemaah Zohor.. mohon ya Rabb..mogaku diberi kelapangan untuk turut serta dalam setiap program2 tersebut.. kepada pihak penganjur yang berjaya mengendalikan program, tahniah yek, may get reward from Allah
Rutinku, Selepas solat berjemaah Zohor, balik. Kemudian sampai di rumah tidur sebentar. Bangun dah fresh terus bertadarus kerana berazam khatam sekali seperti tahun2 lalu. Dapat sekalipun alhamdulilah, . Saya akui tak sekuat arwah emak yang katam 2 kali dalam bulan ramadan.
Juadah? sangat simple..sebab kalau terlebih, em memang tak termakan. jiran2 hantar makanan. Namun, untuk bab makan, fleksibel , sekejab masak , ada kalanya kuih tunjuk , tak cerewet.
Suasana malam yang paling meriah, kelihatan wanita2 sudah siap memakai telekung solat berduyun2 memenuhi masjid. Satu fenomena yang baru je kami saksikan di sini . Sejujurnya, kami jarang berjemaah di masjid pada tahun2 lalu , buat sendiri di rumah. Tapi kali ini semua bersemangat waja lak. malam pertama hanya buat 8 rakaat terawih. kemudian saya sempat mengintai Hani dah tersandar di dinding masjid belakang , terlentuk akibat kengantukan . barangkali badannya terkejut kot . Malam berikutnya dah kuat ada ketahanan mental dan fizikal untuk dapat buat lebih2 .
Lalu...
pada akhir solat itu, kami menadah tangan mohon doa moga sentuhannya sentiasa segar agar langkahan kaki kami meniti hari2 tersebut sentiasa bertenaga dan dipermudahkan ....Amin.
2 comments:
Salam Ramadhan
Selamat bertadarus.
Salam mamawana,
saya juga ingin mengucapkan selamat berpuasa, moga diberkati jua amalan kita hendaknya.
Post a Comment