Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan

Salam. Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk  mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai , rakan taulan serta rakan2 blogger. Moga kehadiran bulan yang mulia ini dapat kita hayati  seterusnya berazam dan menyimpan cita2 untuk  upgred amalan2 kita berbanding  tahun2 lalu.

RAMADHAN yang ditunggu-tunggu  membawa sinar  penerang hati. Seluruh umat Islam sejati  tentunya sudah  ternanti-nanti dan  rindukan amalan yang lazimnya dilakukan di bulan puasa  seperti bersahur, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus itu. 


Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Sesungguhnya pada puasa itu mempunyai hikmah yang nyata, faedah-faedah yang besar, sunnah dan adab-adab yang banyak. Bertuahlah sekelian muslim jika mereka diberi nikmat memperolehi faedah dan fadilat puasa yang  telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

Tarawih dan solat malam sudah tentu akan dilaksanakan dan mungkin diselangi tadarrus kerana  ingin menjadi hamba-Nya yang ikhlas dan tulus. 

Permulaan itu rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka. Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan ia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21).

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

' SALAM RAMADAN Al-Mubarak'. Sekian.

6 comments:

Unknown said...

salam ramadhan kareem.....

ameeen , mudah2an Allah perkenankan niat di hati kita di bulan mulia ini...

pecinta_Islam said...

salam perkenalan dr sy..dan selamat menyambut bulan ramadhan..bulan yg penuh keberkatan :)

Nek Cun said...

Salam Sal, Alhamdulillah kerana kita masih dapat bertemu lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak ini...

sal said...

salam Ummi,
Mudah-mudahan Ummi, Allah perkenankan doa kita semua.Amin. Selamat menghayati ibadah puasa moga sihat dan ceria2 selalu sepanjang ramadan.

sal said...

salam syahbandar.
Juga diucapkan Selamat menyambut ramadan. Moga ramadan memberi sinar kegembiraan dan memperoleh keberkatan dan hikmahNya.Amin

sal said...

salam NekCun.
Syahdunya..
Ya, bersyukur kepada Dia, dipanjangkan usia dan sihat bagi menjalani ibadah puasa serta menikmati sentuhan bulan Ramadan Al-Mubarak.

Post a Comment