Salam. Dah beberapa hari meninggalkan blog ini. tetiba teruja sangat hendak menulis .Walaupun tak ada agenda yg menarik pun.Tapi malangnya apabila melihat talian, internet di sini menghadapi gangguan teknikal. Sempat mencuri ruang waktu menggunakan alternative lain. Akhirnya berhasil juga memuatkan sesuatu di sini .....he he
Bulan syaaban hampir menutup tirainya Kemudian digantikan tirai baru yang indah. Tirai Ramadan yang penuh keberkatan. Tentunya Umat Islam sejati menunggu bulan ini yang penuh limpahan rahmat . Sebagai hamba Allah, terasa sangat bersyukur kepadaNya kerana dipanjangkan usia untuk merasa keistimewaan menikmati ibadah puasa …
Individu yg telah berusia mungkin juga menyimpan cita2 , target dan hasrat murni untuk mengambil kesempatan sebanyak mungkin mengutip fadilat2 yang mampu dilaksanakan di bulan ini ...
Yang realnya, suasana ramadan yang rancak di luar sana seakan2 baru dan akan rancak.Apa dia kalau tak pesta membeli belah. Sudah banyak jualan2 mega dibuat oleh peniaga yang bijak mengaut keuntungan. Bagi remaja, ibu2 agak excited dalam window shopping. Sebelum Ramadan lagi, pelbagai pilihan kain baju, tudung telah menanti para pembeli dan pengguna yang ingin cantik dan menawan. Anak2 remaja sendiri tentu tidak tertahan dengan ancaman dan panahan melihatkan baju2 berwarna-warni yg cantik lagi tertarik itu. Sekurang2nya ketika membeli belah satu baju tentu pasti akan dibawa pulang dan menjadi hak milik...
Bab2 kuih pun begitu. Berjenis2 jenis kuih raya, bermacam2 pattern, warna, hiasan yang memikat telah menanti untuk ditempah. Tentulah wanita sangat terpikat dan tergoda lebih2 lagi harga yang ditawarkan berpatutan.
Bagaimana kita dapat menahan diri daripada aktiviti sosial untuk membeli belah ini... Bagaimana kita boleh menjaga keharmonian diri agar teguh iman untuk menghayati ibadah bulan yang dirahmati ini ..
Itulah sedikit gambaran awal suasana menjelang Ramadan. selanjutnya diserahkan pada diri sendiri dalam memahami cita rasa diri..SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..
No comments:
Post a Comment