Sememangnya diakui kehidupan di bulan Ramadan ini
sangat berbeza dengan hari-hari biasa..
kerana masa nilah dapat berkumpul untuk makan bersama...
mengeratkan kekeluargaan.
Walaupun tak semua dapat berkumpul..
namun, yang turut serta tu dpt membuat suasana menjadi meriah ..
kalau dah ramai2
makanan tak sedap pun jadi sedap sebab perut kosong.....
Contohnya Karipap buatan sendiri ni,
sedap je apabila dah dikunyah..alhamdulillah....
Setiap Ramadan pasti ada juadah ni,
mee goreng ..
ia mudah disediakan, simple ..
kalau makan makanan berasaskan mee..
tak perlu ada nasi tentu tak termakan kalau terlebih juadah
sebab dah kenyang..
nasi tu dibawa ke sahur.
Jenis2 mee berkuah2 macam ni menjadi kegemaran family..
lagipun menyediakan mee, lebih mudah
bahan2nya pun main campak2 je.
Letakkan fish bowl, fish kek, baksoh, ayam n sayur2 ,tahu,
dah ok..
makan pun bertambah2 lagi....
Kuih muih yang manis begini, beli jee..
setakat makan beberapa keping..
tak ekonomik kalau membuatnya..
lagipun buat penat jee nanti.
Pas tu jadi bahan antik atau bahan pameran kat peti sejuk..
lebih baik beli sikit untuk elak pembaziran..
Di sini , hari-hari jiran hantar makanan..
kadangkala pening juga nak sediakan menu apa..
Kalau dah tak tau sangat nak masak ,
buat nasi goreng seperti ini...
dan hantar ke rumah jiran
niat nak bersedekah ,
apa yang penting keikhlasan....
Kuih segi tiga di atas tu adalah samosa ,
kali pertama buat tak berapa menjadi
senget sana, senget sini..
sedap rasa tak sedap rupa..
tak terpikat langsung untuk memandangnya ..
maklumlah orang selalu mementingkan rupa, kan,
buat kali kedua..
wah dah jadi, bolehlah buat tempahan..
No comments:
Post a Comment