Saturday, August 28, 2010

Mereka Yang Bertuah.

Menghampiri penghujung Ramadan, mengingatkan kita kepada mereka yang bertuah serta menjadi hamba terpilih  kerana mampu untuk mempertingkatkan ibadah pada 10 malam terakhir semata-mata mengharapkan keredaan, pengampunan serta ganjaran pahala yang tinggi.


Masa terlalu singkat berlalu dan masih menjadi tanda tanya adakah kita sempat merenung dan menilai kembali  ibadah yang telah dilaksanakan terdahulu... Lantas itu,  Kesempatan di penghujung Ramadan yang masih bersisa ini ingin berusaha dan bercita2 memperbaiki segala yang masih berkekurangan....


Melalui sumber Al Quran telah diketahui iaitu adanya malam Lailatul-Qadar dalam Bulan Ramadan.

Menariknya pada malam Lailatul-Qadar tersebut...

Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).

Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar).

Rasulullah s.a.w bersabda : “Pada setiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. 
( Kitab Durrah al – Nasihin ).
 
Ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.
Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3)

Kerana kemuliaan Lailatul-Qadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah SWT nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu. 
p/s : Peringatan diri dan family.

No comments:

Post a Comment