Sunday, August 22, 2010

Foto ini

Ibu sangat suka tengok gambar angah yang di bawah ni.
Kawan kamu snap semasa di makmal sains,
ketika angah main bedah2..belah2...
(latihan amali)

Angah tau..
foto ini mengingatkan ibu  semasa angah kecik2 dulu..
kalau ibu pening n sakit
angahlah orang pertama datang kat ibu
layan  ibu macam pesakit
tanya itu dan ini
kasi ubat, picit sana, picit sini
sangat caring dan sibuk-sibuk

ketika itu kamu menyimpan cita2 
memang nak jadi seperti ini..
ibu bagi sokongan moral...

tup..tup..bila tg 4..
kamu dah mengubah fikiran
seiring dengan perubahan fizikal kamu
kamu dah tak nak ambik perubatan...

Pada hal ibu baru nak rancang hantar ke Indon buat medik..
Indon pun tak pe..tu je yg ibu mampu..

dah tak naklah pulak.
oklah, ibu tak paksa..reda..

 pas tu..

lepas SPM angah dapat tawaran interview pendidikan
interview je..tapi kata kawan sebelah kaki dah melangkah ..
angah tak cakap pun ngan ibu, angah dpt....
bila ibu tau, sudah tentu ibu frust tak gi interview,
orang nak dapat interview pun payah,
angah sesenang tolak..

angah..angah.. 
ibu dah maafkan..

ibu redakan kamu belajar di situ, 
Itu yang angah mau..
ibu harap angah buat pilihan yg terbaik

Moga angah berjaya di situ..
menggapai impian dan harapan..Amin

4 comments:

Maiyah said...

anak sedara sy, bila tgk darah dia nak pengsan, jd nya dia ambik bahagian mesin2 yg diguna pakai kat spital tu le.. pikir dua tiga kali dia nak ambik jurusan doktor ni.. katanya biar le dia bljr mesin MRI ke atau sebagainya tuh

sal said...

salam maiyah..
Oh begitu.... life bagi kerjaya ini memang penuh cabaran dan menuntut kesabaran kerana bukan sahaja terpaksa dgn benda2 tuh tpi bekerja tak tentu masa...tahniahlah pd mrk yg berjaya dlm bidang ini..

Jankaulu said...

seorang ibu memendam seribu rasa di gelodak jiwanya. namun dia tetap memaafkan dan mendoakan atas segalanya. Gelodak gusar jiwanya diketepikan..demi anak-anak tercinta. Itulah ibu...

sal said...

salam sukiman..
eeeeeeeeeehhhhhhhhhhhh syahdunya..tq tq tq..
sebagai ibu doakan yang terbaik untuk anak2..
rasanya ayahpun gitu, kan?
yg brbicara ni, bila lak nak jadi ayah.moga bertemu cepat..hu hu....

Post a Comment