Monday, June 3, 2013

Berkunjung ke Air Terjun Kota Tinggi....

Assalamualaikum
Salah satu kawasan semula jadi yg agak cantik panoramanya ialah Air Terjun Kota Tinggi....lebih kurang 15 minit dari bandar Kota Tinggi...
Entahlah..tetiba anak2 menyebut untuk ke kawasan rekreasi ini..sejujurnya lebih 10 tahun ibu tak ke sini....ketika itu, terasa payah membawa mereka yg masih kecil2, lagi pun banyak  komitmen lain yg menghalang....sekarang mereka dah besar, kebetulan sedang bercuti semester...layanlah.....

Di air terjun ni, bolehlah berendam lelama, bersejuk-sejukan...... tak perlu risau dengan sun burn..
Kalau tak nak mandi pun, sekadar melihat2 kawasan persekitaran dan jadi guard, jaga barang-barang family yg mandi-manda... ..sekurang-kurang dpt berehat melepaskan lelah jika penat bekerja...

Kami datang ke sini hari Khamis..agak lengang dan selesa berbanding pada hujung minggu yg mungkin menerima pengunjung  lebih ramai...tiket masuk RM7.50 bgi orang dewasa...
Teruja nak mandi??? haruslah... lebih2 lagi apabila melihat airnya yg  menderu-deru turun melalui celah2 batu besar kemudian  mengalir jernih.... tapi kita kena berhati2  menapak dan menuruni  batu-batu yang besar dan kecil di situ... licin.......
 Anak-anak tangga kecil yg dilimpahi air...
Ketika duduk, ternampak spesis kerengga ini yg sedang mengutip makanan.. 
besarnya....saiznya lebih kurang 5 kali ganda dengan saiz kerengga biasa....

Menghabiskan masa beberapa jam di sini...kemudian menginap di homestay  bandar Kota Tinggi..sebenarnya tempat ni tak jauh drp rumah, lebih kurang satu jam setengah  jika drive sendiri tapi hajat hati utk berkumpul dan berukhuwah dengan family adik dan kakak..... ....sejujurnya dah lama tak melakukan aktiviti bersama terutama dalam bab2 melembutkan hati anak-anak melalui tazkirah, yasin, tahlil kerana sibuk sendiri.....syukur sangat jika dalam keadaan santai sebegini dapat melakukan aktiviti bersama-sama....sekurang kita rasa dekat di hati keluarga sendiri....

8 comments:

Acik Erna said...

assalam sal..kalau masuk dikenkan bayaran..mesti tempatnya bersih ye sal

Kakzakie said...

Air terjun Kota Tinggi memang sejuk walau diluar kawasan panas terik. Kakak pun lama dah tak pargi. Lalu adalah...

Sesekali berukhuwah erat dgn anak-anak memang terasa di hati.

Kesuma Angsana said...

pernah ke sini dulu, tapi dah cukup lama ! menarik yer

che mid said...

Salam, jumpa lagi di sini.. Che Mid tak pasti samada dah jejak Kota Tinggi ke belum.. oh ya, pernah ke rumah ayah saudara suami.. tapi pi sana dah hampir malam.. tak dapat nak nengok2 air terjun..

kasihredha said...

Salam..
Syoknya...mandi manda
Pmandangannpun cantik

MulutPayau said...

wahhh..bestnya. dah lama tak mandi manda kat air terjun....

ainnoraini said...

saya dah lama tak pergi mandi manda air terjun..pergi pantai mandi laut pun dah lama tak pergi...

rasa nyaman je kann...

Ibuhani said...

x pernah ke sini lg.....air bersih x?

Post a Comment