Friday, August 10, 2012

Kita Disenangi..

Assalamualaikum..
Adakah kita disenangi???.....

Setidak2nya family kita yg senang hati melihat  kita yek, 
walaupun kita rasa dah tak berapa nak cantik spt masa muda belia.....

Berikut sedikit tips agar kita disenangi

01. Mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum”
02. Sentiasa bersemangat menghadapi hidup sehari-hari.
03. Jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
04. Mengukir senyuman  ikhlas.
05. Menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang .
06. Mengelak daripada membebankan orang lain dalam pemasalahan atau tugasan.
07. Terus terang jika tidak puas hati dan beritahu secara halus
08. Tidak mempersendakan dan mempermainkan sesiapa sahaja.
09. Berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
10. Tidak mengeluarkan kata-kata kesat dalam perbualan .
11. Tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada orang.
12. Tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
13. Menjaga perasaan orang lain ketika berkomunikasi.
14. Dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan.
15. Mengelak daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.

7 comments:

kasihibu said...

yang no 15 tu sya dah tak tahan menahan sabar lah minggu lepas buatkan sya terlepas geram sangat

sal said...

Kasihibu..
klu dengan anak, elok berterus terang jika kita tak suka yee..baru dia faham..kerana keikhlasan hati kita utk menegur tu tandanya kita sayang mereka..

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Sal...

Terimakasih atas perkongsian. Terimakasih juga sentiasa menziarahi kakya Selalu. Terimakasih atas persahabatan Maya ini.

Pertinggikan sifat sabar untuk mencapai 15 matlamat di atas. Insyaallah.

Selamat berpuasa

kakcik said...

Semoga kita menjadi insan yang disenangi walaupun kita tak punya apa2 untuk diberi. :)

Nur-nba said...

Yang paling mudah yang no. 1 & no. 4.. Tq kak kerana berkongsi..

kasihredha said...

semoga kita mjadi org yg disenangi

MulutPayau said...

terima kasih atas prkongsian...

Post a Comment