Assalamualaikum..
Semoga kita selalu dalam perlindunganNya..
Aduhai..dia dah datang walaupun tak diundang....
datang menyerang..
Namanya Malware......
Ada idea atau cara2 nak menyingkirkannya virus yang tegar ni???..
Pd mulanya memang sedar, blog yang satu diganggu virus,
lama membiarkannya....kemudian dia dah menjangkit ke blog salsuria pula..
----------
Masih terasa penat...
Kerana baru balik Ipoh, Perak.
Menghantar seorang anak saudara belajar di sebuah kolej di Ipoh....
Anak saudara ni memang bertuah sebab emak saudaranya pun sempat hantar...
memberi sokongan moral...
kebetulan dah lama tak balik ke kampung hubby, jadi ikut mereka...
Dapatlah tidur dua malam di kampung ....
Hanya dua malam saja..
Jadi... yang mustahak didulu-dulukan....
menguruskan keperluan anak saudara tu yg diutamakan,
seperti penginapan, pendaftaran dan lain-lain keperluan....
tak dapatlah nak jalan-jalan sangat....
cuti pun singkat..
Kami sampai di kampung dah dekat maghrib..
ambil keputusan singgah di masjid ..
solat magrib &; Isyak secara jamak dan qasar dulu....
kalau didulu urusan spt ini, tak bimbang jika leka berbual panjang....
maklumlah lama tak jumpa saudara...banyak pembentangan dan laporan...
cerita yg baik2 jee..
sarapan pagi di rumah adik ipar..
makan di pinggan antik..
yang lamanya puluhan tahun , masih tersimpan kemas...
Limau barli yang di beli di Tambun..
tak reti nak pilih...ambik dan terus masuk plastik..
balik rumah, baru nampak.. kulitnya tebal, isinya kecik comel..
Tak kisahlah..manis jugak..
Ini masjid kat Ipoh, semasa berurusan di kolej selama dua hari ulang-alik....
masjid ni dah jadi rumah kedua..
sejuknya duduk kat sini..barangkali berjumpa muslimah2 yg baik..
lagi pun dekat dengan masjid ada beberapa bangunan lain..
jadi masjid ini sentiasa meriah dan dimakmurkan..
Habis saja urusan2 pendaftaran, kami pun menuju KL
singgah di rumah anak saudara di Puncak Jalil... ..
Melawat cucu-cucu saudara dan tidur lagi satu malam di sana ...
Pagi Isnin, pukul 4.30 pg bertolak pulang ke JB..
Syukran.. dah selamat sampai..
11 comments:
salam kak sal,
wahhh jauh perjalanan ye ...
virus malware? jadik apa kat blog2 yg kena tu kak?
Salam kak. Wah jauh berjalan.. Pasal virus tu, Nur tak berapa tahu la kak Sal.. Pernah dulu buat entri pasal ni, cuba akak lihat label entri Nur. Mungkin ada di situ.
Sedap tengok limau bali tu..
SZ..
SEdang ikhtiar..camhe nak buat..
Nur..
mekasih kerana beri informasi..nnti gi blog nur..InsyaAllah..
Assalamualaikum kak sal...
Alhmdulillah semuanya berjalan lancar..
walaupun penat tapi berbaloi jugakkan..dapat jumpa saudara mara..
Assalamualaikum Sal...
Itu masjid Sultan Azlan Shah di Jalan Musa Mahadi ya, depan Politeknik?
Sabtu dan Ahad semalam, ckLah berzohor dan Asar di situ, menemani anak ada program di INTIM.
**Saya perasan ada malware di sini. Antara cdgn yg boleh saya bagi, cuba strukturkan semula bloglist. Tapi remeh sikitlah kerjanya. Sebab itu saya tak ada bloglist. Maaf ya, sekadar cadangan.
akk memang x tahu pasal virus2 nie .
harap2 sgt blog akk x kena macam tu huhuh
Alhamdulillah semuanya dah selamat.
Tahniah buat anak buah dapat melanjutkan pelajaran.
Susah-suah panggil aje org IT bagi dia setelkan.
Walau letih tapi bila semua dah selesai legakan..
alhamdulillah dah dapat masuk kesini sal..risau tak dapat masuk lagi ..hari tu buka2 je malware dah sekat
Alhmdllh.....slmt semuanya!
Post a Comment