Thursday, July 26, 2012

Cerita Orang Kaya-Kaya

Assalamualaikum..
Moga selalu dalam PerlindunganNya..
Baru beberapa hari tak melihat blog..rasa rindu nak menulis....

Hari ni tertarik membaca satu berita di BH seorang penjual cendol  menjana pendapatan bulanan antara RM90.000 hingga RM120.000.

Kira-kira 15 tahun dulu, beliau adalah penerima zakat bagi meneruskan kelangsungan hidup menyara sembilan anaknya yang dibelenggu kemiskinan..kini beliau bertuah kerana dapat menjana pendapatan yang lumayan..

Ceritanya pula dah masuk kategori cerita orang kaya-kaya !!!

Jom jual cendol..manalah tau, buah cempedak menjadi nangka, dapat rezki buah durian !!! hehe

Paparan ini sebagai iktibar bahawa berusaha dan bertawakal dapat mengubah hidup yang dibelenggu kemiskinan..

Dikongsikan ayat seribu dinar...
p/s: Jika dalam kesusahan..kesempitan..bacalah berulang2 kali..
tawakal kepada Allah.
Dia memberi kita jalan keluar yang tidak disangka-sangka..InsyaAllah 

10 comments:

suri solehah said...

salam kak sal...
tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tak sapa tahukan...dengan izin allah semuanya boleh berlaku..
jom kita try berniaga kak hehe

Acik Erna said...

assalam sal..rezeki allah nak bagi kan..
siapa sangka...syukur atas rahmat allah

kasihredha said...

Alhamdulillah...Rasulullah pun berniaga juga...99% kekayaan adalah dari perniagaan :)

Nur-nba said...

Betul tu kak.. Mereka yang rajin dan sentiasa berusaha untuk mengubah nasib dirinya, tentu akan menempa kejayaan.

ieja amieja said...

assalam kak..
dah lama teringin nak jual grg pisang x pun jual air kat seberang jln dpn umah ni..byk permintaan..huhu

Anonymous said...

Salam Sal,

Perancangan Allah amat cantik dan sempurna. Disebalik kesulitan rupanya dan disediakan kesenangan. Tinggal kita perlu berikhtiar dan berusha utk mendapatkannya.

MulutPayau said...

tiba2 jer teringin nak berniaga jugak.....

Kakzakie Purvit said...

Cekal dan bersungguh tu yg dia berjaya.

Kakak dulu masa anak dara ambil upah jahit baju cita-cita bila pencen nak buka kedai jahit. Tapi bila dah ada anak upah jahit pun semakin malas, sekarang pula belum pencen lagi nie dah tak ada niat nak buka kedai jahit. Tak ada business minded kan..

Masih terfikir-fikir sampai bila hendak kerja jadi kuli..

cikceriacorner said...

salam akak...thanx 4 sharing....

Ibuhani said...

x kaya senang pun jadilah.....ayat murah rezeki tu!

Post a Comment