Saturday, February 18, 2012

Sedapnya ....

Mengidam nasi kerabu ???
sikit-sikitlah....
Bukan orang mengandung je yang pandai mengidam..makcik2 pun, sesekali tekaknya ngada-ngada juga....tapi tak pernah cerita keinginan itu kepada kawan-kawan setugas yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang..nanti susah payah pulak  rakan itu nak masak-masak....

Tak disangka pula, apabila berkunjung  ke rumah adik semalam....

Menjenguk adik kerana nak tunaikan hajat along .mahu menyiapkan assignment berkaitan dengan tugasan mewawancara  seseorang .
Nak senang cerita, along  interview pakciknya ajalah... Maka letihlah si pakcik melayan kerenah anak buahnya..snap sana, snap sini....siap..sambung buat karangan kat rumah pula...

Beberapa minit kemudian.. keluarlah sesuatu dari ruang dapur..wah, aromanya menusuk hidung!!!..rupanya.nasi yang sedap-sedap tulah.....
Adik ipar memang suka mencuba2 masakan, akhirnya menjadi pula...Yang sangat beruntung adalah si kakaknya  kerana kekenyangan sampai ke malam. balik memang dah malam pun....

Ya ampun...Tak sempat nak ambil gambar, dah habis makan baru teringat .. maka ikhtiarnya.... didatangkan khas  daripada google ...
Nasi kerabu ni  memang meriah , 
penuh pinggan... sungguh enaks  dimakan dengan pelbagai lauk pauk.

ini rupa daunnya..baru diketahui..
tapi ada juga rakan, buat  nasi kerabu  putih je..sedap juga...
bergantung pada lauknya..

Sedikit informasi tentang sedekah makanan


Apakah hukum memberi makanan yang tidak halal atau diragui halalnya kepada orang bukan islam? (hadiah2 hamper makanan yang tidak mempunyai logo halal. . Jadi boleh tak diberi makanan tersebut  kpd jiran yang bukan  Islam). 

Berkenaan memberikan makanan yang tidak halal kepada orang Islam, tiada kompromi pada perkara ini. Umat Islam tertakluk pada hukum taklifi berkaitan wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Maka, memberi makanan yg haram kepada umat Islam adalah haram hukumnya.. dan berdosa bagi sesiapa yang melakukan dengan sengaja. Dan berdosa juga bagi orang Islam yg menerima pemberian itu dan menggunakannya (untuk makan dsb) jika beliau tahu akan keharamannya.

Bagaimana pula dengan orang kafir? mereka tak tertakluk dengan hukum taklifi? 

Persoalan ini sebenarnya tak tertakluk pada penerima.. sebaliknya pada pemberi (orang yg memberi dan yang sedekahkan barangan itu). Contohnya jika beliau menerima hadiah sebotol arak, maka beliau berhak menolak daripada awal pemberian itu.. kerana arak itu jelas haram. Namun, jika hanya disedari ketika sampai di rumah contohnya arak, kena buang.. tak boleh ambil manfaat untuk dijual, atau menukarkannya.. begitu juga haram menghadiahkannya kepada non-Muslim.. kerana arak itu tidak mendatangkan faedah dari sudut syarak..

Jika kita menerima barang2 yg syubhah (tidak pasti halal) maka adalah lebih wajar kita membuangnya.. ini tidak termasuk pembaziran, kerana barangan itu tidak memberi manfaat dari sudut syarak.. kecuali darurat, spt kebuluran (kalau beliau tak makan, boleh mati kebuluran).

Islam mengajar untuk mencari yg halal untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Kalau nak sedekah, maka sedekahkanlah yg terbaik daripada kita.. itulah sedekah peringkat tertinggi berbanding sedekah barang yg kita dah tak guna. 

Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/11/soal-jawab-memberi-makanan-syubhah-kepada-bukan-islam/#ixzz1mnNFx6qk

10 comments:

kasihredha said...

pagi saya makan nasi kerabu(breakfast) tapi beli jer :))

cheqna said...

memang besh nasi kabu ni..makan ngan daging bako..sedapnyer...

sal said...

wah sedapnya..kat sini, saya tak rajin nk gi mencari..tapi apb bulan puasa..selalu makan nasi nih..

sal said...

chegna..daging bako memang sedap..teliuq

Acik Erna said...

assalam sal..nasi kerabau..saya pun suka..kalau ada gandingan daging bakarnya..lagi sedap rasanya..

MulutPayau said...

dari kecik suka makan nasi kerabu...tak pernah jemu.....mmng sedap..!!!

sekadar satu coretan said...

Saya pun mmg suka makan nasik kerabu ni...mmg sedap...selalunya beli jer..

Ros said...

Salam Sal,

Sedapnya nasik kerabu ni....Kak Ros memang suka sangat,belajar makan dari kak ipar kak Ros orang Kelantan...

Memang wajib mencari rezeki yang halal...pasai dia akan menjadi darah daging kita nanti....

Nieda said...

Sedapnya makan nasi kerabu.

munna said...

sedapnya..lagi dgn daging bakar dan solok lada... mak mertua klu buat mmg pakai bunga tu nak kasi biru nasi tu

Post a Comment