Wednesday, February 29, 2012

lawatan sosial

Assalamulaikum
Perkara  yg lebih membahagiakan dlm kehidupan kami adik beradik
apabila kesempatan untuk berkumpul dan bertemu pd waktu2 terluang.....
setelah ibubapa tiada...tentu ada keperluan untuk bermaufakat..
kata orang tetua, hidup bermaufakat membawa berkat..tak gitu cik kiah ???
 Hari itu, ada sedikit masa buat kami adik beradik bertemu di kampung.
agenda penting adalah membuat lawatan sosial ke kebun yg tak berapa banyak tu . 
Apabila ibu ayah telah tiada, 
maka tugas melakukan lawatan sosial ke kebun diambil alih  oleh kami ..
Mula2 susah jugak...
sejujurnya kami ni dibesarkan dengan cara hidup kampung, 
tapi ruginya jarang-jarang masuk kebun...
kecuali kakak2 dulukala ada juga sikit2 pendedahan berkebun ....
tapi adik beradik bawah2 ni tiada kemahiran langsung...
Ini kebun yg dah diserahmilik pd adik..ditanam dengan  kelapa sawit. 
terdapat pokok durian jantan di sini...
digelarkan pokok durian jantan sebab dia tak produktif..
takde buahnya yg boleh dimakan, MasaAllah,  tinggi melangit !!!..
kemudian beralih ke kebun kelapa milik arwah ayah..

Di tepi denai ada  sikit semak samun ..
tapi tak mematahkan semangat kami untuk membuat tinjauan....
sebenarnya bnyk kebun arwah datuk telah terlepas ke ci...a
sepupu2 dah menjualnya..
klu kebun tu milik arwah ayah, kakak pertahankan, 
bertegas tak kan dijual kepada bangsa asing..
kata kakak biar anak cucu cicitnya merasa...
.semangat patriotisme kakak kuat!!!
 menang makan ajelah kita ni....
kalau pergi sini, tak sah klu tak ambik kelapa muda..
pakai sudu kulit kelapa ..tu yg mahal, sedap dimakan, enak ditelan..
 datang ke kebun tak payah bawa air..
air semula jadi banyak..air kelapa muda yg banyak khasiatnya..
Kalau kat bandar semua kena beli pakai duit...
kat sini free..
 pisang pun ada..memang kenyang...
tapi kebun ni selalu ditinggalkan..
letak peralatan kebun di pondok...habis diambil org..aduhai !!!
berhampiran kebun tu ada pantai..
lepas berkebun, kami ke pantai mengirup udara bersih..
snap pokok yg cantik ni..tak tau apa  nama pokok nih..
sayup-sayup...
suka tengok pantai..rasa tenang..
berbanding dengan sungai agak fobia menengoknya....
mungkin sungai kebelakangan ni,
mempunyai  tahap kesuciannya yg semakin merundum..
 kerana telah dikotori dengan pelbagai sisa toksik
yang mencemarkan keindahan aslinya...

9 comments:

Bintu Qawaid said...

seronoknya duk kmpung.rindukan kmpung halaman baca post ni

Acik Erna said...

assalam sal..seromok kan sesekali dapat membuat lawatan kekebun...ambil menikmati buah2an yang ada..air kelapa muda makan dengan isinya macam tu memang sedap sangat..

kakcik said...

Damainya suasana di sana. :)

cheqna said...

telan air liur tgk air kelapa..
sedapnya

ainnoraini said...

saya nak buah pisang...air kelapa nak jugak..

Zaitun said...

Sedapnya air kelapa tu...fresh,taklah macam kat bandar, tak tahu bila dipetik tau2 dah ada dalam peti ais.

Untungnya masih ada kebun yang nak ditinjau.

MulutPayau said...

sedapnya dapat minum air klapa yg fresh.....

Ros said...

Salam,

Syoknya ada kebun sendiri ni kan....kalau kita jual,dapat duit lama2 akan habis jugak....kita yang rugi kan Sal...lebih baik jaga elok2 buat anak cucu nanti......

Azian Elias said...

sedapnya degan.

Post a Comment