Monday, February 13, 2012

Luahan Hati Seorang Suami...

Assalamualaikum..
cerita ini dipetik dr FB, Saya ringkaskan sedikit...

Saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang tidak saya cintai. Rupa parasnya sederhana, tidak pandai bergaya, tetapi kuat imannya..,bertudung labuh, bersopan santun, ber budi bahasa., Perkahwinan ini diaturkan oleh keluarga walaupun ketika itu saya belum bersedia.

Sebenarnya, saya sudahpun mempunyai teman wanita yg cantik dan kami saling menyayangi tetapi teman wanita saya agak sosial  dan tidak menutup aurat. Selepas berkahwin dengan isteri, jiwa saya  keliru. Saya marahkan isteri kerana dia yang menyebabkan saya  dan kekasih  tidak dapat bersama.

Saya selalu  mencari jalan untuk menyakitkan hatinya dengan harapan dia meminta cerai namun dia seorang yang penyabar. pernah saya tidak balik ke rumah dengan tujuan agar dia membenci saya tetapi walaupun lambat balik, dia akan tunggu dan bertanya dengan mesra  :“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Pernah suatu hari saya menampar mukanya kerana bertanya..…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat.... Perasaan geram, marah dan rasa terhina kerana ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak....

Suatu hari.,dia membawa sepinggan nasi goreng untuk saya. pada masa itu, saya sedang berbual mesra dengan kekasih di handphone..ketika itu, dia datang menyuapkan nasi ke mulut saya lalu  saya tolak sehingga jatuh pinggannya . Dia mengutip nasi goreng itu dengan linangan air mata …

Saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya sakit hati dan meninggalkan saya, rupanya dia tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar, dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya  saya tahu dia berbohong.

Suatu hari saya  mendapat kemalangan. Mungkin itulah   balasan Allah. Tulang paha saya patah dan  saya tidak berdaya utk bangun. Hampir lima bulan saya terbaring, Isteri sayalah yang  menjaga dengan setia. Berak kencing saya dibasuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan  geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan dan memakaikan pakaian utk saya..Apabila mengerang kesakitan kerana kaki bengkak dan berdenyut-denyut, dia bangun  tengah-tengah malam menyapukan krim dan memberi ubat sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi...

Isteri sayalah yang menyuapkan makanan., dia  tidak makan melainkan setelah saya kenyang. Dia menyediakan makanan dan minuman mengikut selera saya. Sewaktu  terlantar sakit tiada teman-teman yang datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat. Apabila  kekasih  tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun, dia tidak mahu menghubungi saya  lalu meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…..saya kasar, kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya..

Ketika saya mampu berjalan., isteri saya  telah jatuh sakit. Badannya menjadi kurus kering., tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya...

Kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat tetapi dia tetap senyum. Saya memohon ampun dan maaf di atas kesalahan yg pernah saya lakukan. Dia tenang dan memaafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”. Berderai airmata saya. Hancur dan pilu hati saya..Baru saya menyesal.

Selepas itu, isteri saya di masukkan ke wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari. Saya belai rambutnya. Saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.

”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan ...malah ada yang memuji kerana beranggapan saya suami yang penyayang…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Isteri saya meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat kemudian dia merasakan masanya utk menghadap ilahi semakin hampir...

Tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya dengan rasa bebanan dosa dan jutaan kesalan di hati .. Saya meraung semahu-mahunya…..

Saya tak tenteram… Apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah?…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima. Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.Lagu itu adalah sebuah harapan kasih sayang yang dimpikannya dari saya yang tidak kesampaian....

Di dalam nota itu dia menulis.......

"Dahulu...saya sentiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja …..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang selamanya."

Saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…

15 comments:

cheqna said...

hargai sebelum terlambat
huhuhuhu

sal said...

YE betul cheqna..

Zaitun said...

Tersentuh hati kak Zai baca n3 ini.

Sayangilah insan yang anda dampingi setiap hari selagi belum terlambat.

Anonymous said...

Kita selalu tidak menghargai sesuatu yang kita ada, bila ia tiada barulah kita rasa kehilangan.

suri solehah said...

selalunya mcam tu kan,bila didepan mata jarang dihargai....

kasihredha said...

sedihnya cerita ni...cerita betul ke?
jangan menyesal bila dah takde kan..

Acik Erna said...

assalam sal..pernah jugak baca diFB..

munna said...

HARGAILAH APA YG KITA MILIKI SEKARANG INI....

Kakzakie Purvit said...

Sal... lama dulu dah kakak dapat e-mail tentang ini, namun bila membaca lagi tetap hati meruntun sayu... betapa susahnya mencari isteri yg begitu solehah seperti itu kan...

ieja amieja said...

assalam..sayunye baca n3 ni..
pengorbanan seorang isteri dibalas dgn tahi..seb baik sempat bertaubat, bermusahabah diri..harap2 dpt jd teladan pada para suami..hargai lah apa yg kita miliki, bukan mengejar pada sesuatu yg belum tentu pasti...

Ros said...

salam Sal,

Menitik air mata Kak Ros baca kisah ni.....Teladan buat kita semua....Apa pun kalau kita tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah bagi...Pastinya Dia akan ambik balik......

MulutPayau said...

sedih dan sayu bila baca kisah ni....

Ati Masrif said...

teladan buat semua...

sedih sekali

cikceriacorner said...

akak..sedih cite ni..masa sy baca kat fb..meleleh air mata..ni nak meleleh gak tp ku tahan...

hargai insan yg syg kat kite..:)

sal said...

ckceria,Ati,MP,Ros,ieja,kakzakie,munna,erna,kasihredha,kunang-kunang,zaitun, cheqna,suri: terimakasih berkunjung...

Post a Comment