Friday, February 17, 2012

Buka Tingkap Dulu..

Assalamualaikum..
bismillahirahmanirahim..

Kadangkala saya rasa pening, jika menaiki kereta  secara tergesa-gesa tanpa membuka tingkap terlebih dahulu.....mungkinkah ada kaitannya dengan udara yang terperap di dalam kereta...

Tambahan pula, kajian yang telah  dibuat menunjukkan dashboard, sofa pewangi menghasilkan benzene, sejenis toksik boleh menyebabkan kanser dan boleh bertindak sebagai racun bagi tulang belakang,  anemia dan mengurangkan sel darah putih. Jika berterusan ia juga boleh menyebabkan leukemia ...

Oleh itu, sebelum duduk di seat  dan sebelum menghidupkan penghawa dingin kereta, buka tingkap dahulu supaya  udara di dalam kereta beredar keluar ..

Kadar benzene yang dibenarkan ialah 50mg setiap kaki persegi. 

Namun Kereta  yg berada di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika kerete berada dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan. Oleh itu penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

 Benzene juga adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati,.Ia pula sukar untuk dinyahkeluarkan  apabila sudah memasuki tubuh kita…


sekian.

10 comments:

suri solehah said...

waduh kak,,pernah juga terbaca ni kat fb,,tiap2 hari paking keta tgh panas,,kadang lupa nk buka tingkap dulu..terus pasang ekon huhu..mintak jauh dr semua yg tak diinginkan tu

Salina@IbuAqil said...

Uishhh baru tau ni sis..
TQ sis share pasal ni..
Happy weekend! ;)

Ati Masrif said...

salam kak,

bagus info ni kak, sgt berguna
ati selalu juga buka sbb panas
tapi hb selalu tak buka dulu...
lepas ni kenalah buka :)

minta izin share ye :)

MulutPayau said...

terima kasih atas info ni....saya jarang bukak tingkap kereta...lepas ni kena amalkan...

ckLah @xiiinam said...

Info yang penting ni Sal. Terima kasih...


Anak-anak ckLah memang tak suka pewangi kereta. memeningkan, kata dema. Jadinya, ckLah selalu sembur Febreeze

Sal...
Ini kali ke 5 untuk ckLah post komen ni. Entah berjaya entah tidak. Payah bebenor word verificationnya...

Antaranya
encouraged, tsBushe
and atestia

Jangan marah ye...hehe

sal said...

terimakasih ckLah..

sal said...

Suri, MP,ATI,Salina terimakasih berkunjung ke sini.moga bermanfaat...
Minggu ni sgt sibuk tak sempat nak ke laman puan2..

kasihredha said...

akak jarang buka tingkap...baru tahu tentang ni.

nadbaptist said...

k.sal,

mmg benar fakta ni..sy selalu bukak tingkap dulu baru start engine dn hidupkan a/cond..kalu lupa mmg terasa bahang panas dr acond tu..tksih atas info ini

Acik Erna said...

assalam sal..kalau difikir2kan..patut la ramai yang menghidap kanser sekarang ni kan..makanan dan persekitaran menjadi punca.keluarga saya sendiri dah 5 orang meninggak kerana kanser

Post a Comment