Monday, November 14, 2011

Duhai Isteri..

Saya tertarik membaca ingatan ustazah dlm FBnya: bahawa isteri yg bekerja, memiliki  wang sendiri jangan sombong dgn wang dimilikinya  sehingga merasakan tidak perlu meminta nafkah kepada suami..

Setiap kali suami menghulurkan rezki utk diri dan keluarga, pandang dgn rasa cinta dan syukur..perlu menghargai dia kerana pengorbanannya mengeluarkan keringat untuk menyara diri kita dan keluarga walaupun jumlah yg diberikn tidak bnyk mengikut kemampuan..mudah2an Allah memberi ganjaran kpdnya di atas kebaikan itu ..

Saya juga pernah mendengar kata2 penceramah bahawa dlm rezki kita (pendapatan sendiri) ada sedikit kepunyaan org lain..lantas jangan lupa bersedekah terutama kepada insan yang memerlukan..


Melalui  pengalaman  bersedekah, dirasakan rezki yg datang jauh lebih bnyk  drp yg telah dikeluarkan  ... mudahan kita perolehi keberkatan drp sikap dan  semangat kita  untuk bersedekah..Amin..

14 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

nice sharing kak :)..pepagi terus rs insaf sbb jap td br merajuk sbb asben x nk belikan brg yg kita nak huhu

No Lan said...

alhamdulillah...abang No juga sll pesan..klo kita duk makan kat kedai makan..tetiba datang nak menagih simpati..kita jangan kedekut dengan rezeki yg kita..abang kata >>JANGAN LOKEK DENGAN ORANG YANG PERTAMA DATANG MENAGIH SIMPATI<<

Zaitun said...

Memang betul sal...banyak bersedah memberi pulangan yang berlipat ganda insyaAllah.

Salina@IbuAqil said...

thanks dear 4 the info.. ;)

ieja amieja said...

ada org lain yg lbh daif diluar sana..keinsafan meresap dlm diri..

ibuintan said...

betul tu Sal... walau pun sedikit pemberian suami tetap terimanya dengan bersyukur.. dan kita juga bekerja biarlah dgn niat membantu suami mencari rezeki

Acik Erna said...

Amin..betul kata sal..pernah juga baca,,katanya duit yang kita simpan pun belum tentu rezeki kita..yang digunakan tu baru betul rezeki kita..

Ros said...

Salam Sal,

Kalau dah bukan rezeki kita,masuk dalam mulut dah pun dia akan terkeluar balik...Betoi kata2 ustazah tu...walaupun sikit pemberian suami kita,tapi dia bagi dengan ikhlas hati.kita patut terimanya dengan penuh kesyukuran...walaupun kita kerja gaji lebih besar dari suami kita....

cikceriacorner said...

salam akak..terima kasih atas ingatan ni..hehheh

Ati Masrif said...

ati ni sentiasa ternanti2
gaji dari papa sbb kerja
di rumah (hw) bergaji gak :)

Nek Cun said...

Sal, isteri sepatutnya bersyukur apabila suami membenarkan dia keluar bekerja dan boleh dapat gaji sendiri kerana kalau diikutkan hukum ugama Islam, isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami walaupun untuk bekerja sekiranya suaminya mampu untuk memberinya nafkah zahir dan batin. Maka, janganlah sombong pada suami walaupun kita telah ada wang sendiri... Lagi pun, kan seronok kalau ada duit lebih!... hehehe...

sal said...

Assalamaualaikum..
trimakasih kawan2 krn memberikan respon pd n3 saya ini..moga brmanfaat untuk dikongsikan...

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Sal,

Dalam memberi zakat juga merupakan rezeki orang yang Allah berikan melalui kita. Itu yang kita dituntut sangat memberi zakat untuk memberikan kepada yang berhak.

cheqna said...

insyaallah..akan cheqna amalkan =)

Post a Comment