Masa untuk balik ke kampung. Dah janji dengan adik-beradik untuk balik bersama-sama..Sebelum bertolak , sempat lagi mencorat-coret.....
Sebenarnya di subuh yang hening tadi ...memang dah bingkas bangun..menyediakan beberapa ramuan untuk dimasak. Excited sungguh..jari jemari pun ligat menari2 demi menyiapkan masakan ...
Semalam anak-anak dah bergotong royong.. potong memotong..blend memblend...jadi lebih mudah sikit..
Pagi ni, hanya nak tumis-menumis kemudian memasukkan ayam yang telah siap digoreng..
Pulut kuning pula dah ditanak nak makan dengan serunding...hehe !!!
Beriya-iya bebeno masak banyak, ada VIP nak makan di umah ini kee? tanya si anak.....
oh idaklah gitu ...
Cuma berhajat untuk makan bersama family di kampung....muka anak2 pun dah ceria sejak pagi tadi , dah lama tak balik...jadi mereka bersemangat , cepat jee mengangkat barang-barang ke dalam kereta.....
Tapi hari ini ada 4 kenduri kahwin perlu dihadiri.. takpe nak jimatkan masa...on the way balik ni, singgah-singgah ke rumah pengantin ....bayangkan betapa kenyang dan saratnya perut...syukran..Allah memberikan rezki yg melimpah ruah hari ini..
Di Afrika penduduknya, mati kerana kebuluran...di Msia bukan mati kebuluran tetapi sering didengar penduduknya meninggal dunia berpunca drp pelbagai penyakit akibat tak control makan........
sekian saja..wassalam..
p/s: Sebenarnya memasak makanan begini, niatnya untuk bersedekah..sedekah kesyukuran. inilah yg termampu dibuat..
10 comments:
seronok balik kampung ya k sal...
kampung akak di mana?
as salam sz..
memang seronok dan meriah..sesekali je berpeluang..
apa khabar sz..moga ok je..
assalam sal..seronok bercuti dan balik kampung kan..dulu masa arwah mak ada..kalau balik kampung pun akak mesti siap masak2 dulu..sampai kampung makan ramai2..
selamat bercuti di kg...semoga selamat dlm perjalanan...
Assalamualaikum Erna..
suka masak kalau dpt makan sama2...penat memasak hilang,apb dapat makan ramai2..
Assalamualaikum munna...
terima kasih..berdoa agar selamat pergi dan balik..
sure seronok makan2 sambil berkumpul semua kan :)
Salam.. Hi Kak Sal, seronoknya berkumpul ramai2.. Dapat pula makan nasi minyak.. Nur minggu depan baru balik ke kg..
ASSAlamualaikum kasihredha
Sesekali berjumpa family memang seronok..lagipun dah lama tak jumpa ..
Assalamualaikum NUR..
Dua minggu cuti, bnyk masa n sempat balik kampung ye... harap percutian di sana menggembirakan.
Post a Comment