Sunday, June 5, 2011

di tepi pantai..

Tidak jauh dari kebun yg luasnya sekangkang kera tu 
ada sebuah laut......
namanya Pantai Punggur 
kami singgah di sini  semasa balik kampung..  
waktu tu,  lebih kurang pukul 12.00 tengah hari..
pakaian agak comot kena lumpur
kerana baru balik dari kebun..
merehatkan diri di sini sebentar.. 
memang tempatnya cantik dan luas
 cuma kawasan ini belum dimajukan..
takde chalet spt di tempat2 lain..
tapi pasirnya putih..
sesuai berkelah dan bawa makanan ..
cantik..
kecilnya diri kita..
ketika ke sini..
air laut sedang pasang  penuh..
musim tengkujuh
ombak bergelora..
bahaya untuk mandi-manda..
pandangan dari cermin kereta, hujan turun renyai2..
sesekali lebat...........
 awan masih tebal dan nampak berat menandakan 
banyak lagi airnya  yg akan turun
memerhatikan ombak ganas ini
memukul pantai
menghakis  dan terus menghakis..
tapi, kini tambak telah di dibina sepanjang pantai itu...
 strukturnya nampak kuat..


p/s istimewa utk anakanda yg suka tengok laut dan ketenangan..post ini dikongsikan..

25 comments:

nur said...

Salam Sal...
Ohh suka nya tengok laut.. kami pun suka pegi beach sal, tenang hati bila dapat duduk atas pasir, pandang laut..
Thanks sal berkongsi pemandangan yang mengasyikkan ini.. :))

sal said...

SSALAMUALAIKAAM NUR

alhamdulillah..melawat alam semulajadi ciptaan Allah..
tenang dan mendamaikan apbila berada di sini.

sal said...

Assalamualaikum Nur..
PEMBUKA bicara 'as salam' dah tersilap taiping..maaf..

Bibu said...

sekom kk Sal.

blek nnt bercadang nak bawa anak2 g berehatkan minda kat pantai.tp kalo area melaka ada ke pantai yg cntik.mlz nak g jauh2.n nak jimat belanja.kene ketatkan perbelanjaan.hihihi...

Acik Erna said...

Assalam sal..akak pun tumpan tengok gambar pantai..memang suka..cantik..

Nekcun said...

Sal, kat mana tu? Memang cantik pantainya, teringin pulak nak ke sana...

sal said...

Assalamualaikum ANIE..
Kt Melaka , pantainya cantik dan bnyk tempat2 menarik untk dilawati.
memang sesuai ke sana..

sal said...

Assalamualaikum ERNA..
kebetulan pantai itu dkt ngan kebun..dptlah selalu singgah,klu tak tak mengisah jugak..tpi bawa budak2 ke sana..diorg enjoy..

sal said...

Assalamualaikum NEKCUN

Lokasinya Pantai Punggur, batu Pahat,Johor..
sebuah perkampungan yg agak jauh drp pekan.
tempat ni kurang kemudahan bagi pengunjung ..
klu on the way gi mana2 bole singgah2..

mak encik | SZ said...

seronoknyaaa kak...
klu anak2 kecik cinonet saya suka bangat la main pasiran tu..
heeee

Zaitun said...

Masa pergi bercuti tempohari kak Zai pergi tepi pantai aje tak mandi pun.Cantik pemandangan pantai tu.

kasihredha said...

kampung saya pun dekat dengan pantai...
tenang je bila berada di pantai kan :)

sal said...

sampai sana hujan renyai2...

klu kakak2 cinonet suka tengok pantai..adik cinonet apatah lagi..

sal said...

nak mandi airnya tak bersih.

dpt tengok pun ok..sambil berangan2,kerana bnyk bawak pisang berangan dlm kereta ambik dari kebun....huhu..

sal said...

KASIHREDHA..
SYukran..dpt jenguk2 selalu yee..

Kamsiah yusoff said...

salam
pantai punggur ada disebut dlm novel Ramlee Awang Murshid

No Lan said...

No pun suka lepak tepi pantai kak..tiap ujong minggu mesti ke sana...tenang je rasa..

mamariz said...

selalu saya sampai sini nak komen,setiap kali itu juga agensi nuklear blok kemasukan saya untuk komen.Padahal rindu menbuak-buak nak komen sini.So boleh baca dan ziarah jer blog akak.

Pantai..dah lama tak pi.

suri solehah said...

salam kak sal...lama tak jengah sini..pantai memang menenangkan....

Maiyah said...

assalam..

suka.. suka, sy mmg suka tgk laut.. jauh sy merenung laut sambil fikiran melayang

Nur said...

Assalamualaikum Kak Sal,
Sungguh mendamaikan.. Kak Sal, pantai ni di mana ye? Memang suka merenung pantai.. saujana mata memandang.

cikceriacorner said...

bila pandang pantai,sy rase tenang dan timbul keinsafan..:)

munna said...

DAH LAMA TAK KE PANTAI TERINGIN PULA RASANYA...

Azian Elias said...

sekali air bah, sekali pantai berubah. terhakis...

Ati Masrif said...

salam kak sal,

cantik tempat ni ye...
ati suka sgt lautan :)

akhirnya baru dpt komen
dah byk kali ati mai sini
tp tak leh nak komen ..sori ye :)

Post a Comment