Wednesday, June 22, 2011

Catatanku di sini

Assalamualaikum
Moga semuanya ceria dan dirahmati Allah..

Dari Hotel Sri Malaysia....
Pagi itu nampak tenang saja....lalu membuka langsir..sempat mencuri pandang keluar tingkap bilik itu.. 
Nun di sana, terdapatnya deretan pokok-pokok yang subur menghijau..tak sangka di tengah-tengah bandar ini, masih banyak pokok yang menyejukkan mata..menjeling ke arah anak-anak. Mereka semua pun dah bangun awal..takutlah kalau-kalau  dalam perjalanan menghantar angah akan menempuh jem..perjalanan hanya beberapa minit, tapi kalau tak pernah sampai, tentu teraba2 dan tercari2..hanya berpandukan google map ..
Pukul 7.30 pagi dah ramai penjaga yang sampai. Mereka  turut mengiringi anak2nya..kami terus ke dewan, melihat senarai nama di papan kenyataan , terpandang kos yang anak ambil  tu hanya 23 org sahaja..
Ku berpaling  ke arah anak yang lengkap memakai pakaian hitam putih.... terasa sayu, tetiba, kenangan menerjah..nak menitis juga air mata tapi ditahan2kan di depan anak..Sejujurnya anak2 kita biasanya memilih kerja mengikut minat..minat itu dipupuk daripada persekitaran dan rangsangan orang sekeliling, minat nak jadi seperti rol model ? mungkin juga datangnya daripada rangsangan itu..klu role model  ambik bidang pendidikan ke, perubatan ke, dia pun berusaha dan berlumba2 ke arah bidang yang sama itu, fikirku......


meniru....mencontohi....idola.......budak2 suka begitu, kan????..


Tak apalah, satu perlumbaan yang sihat..itu pun telah ditentukan takdirnya..ibu hanya selalu berdoa agar 'ilmu yang diperoleh untuk anak2 boleh dimanfaatkan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat'..


Pagi ini tugas utamaku untuk merasionalkan si anak yang agak takuttt-takuttt  melangkah buat pertama kalinya...
Sementara menunggu anak menyelesaikan pendaftaran, ibubapa ke dewan, di sana ada visual yang dipertontonkan mengenai latar belakang inst. kemudian disambung dengan sesi taklimat ibubapa....
Sudah pukul 11.40, kami harus pulang ke Hotel Sri Malaysia semula..kena check out sebelum pukul 12 tgh hari..
Sebelum meninggalkan anak, pergi ke hostelnya terlebih dahulu.Mengemas barang-barang, kemudian membeli sedikit keperluan di koperasi. 

Anakku sebilik dengan senior yang ambil kos agama. 
Alhamdulillah bersyukur sangat..
bolehlah bersopan santun, fikirku lagi.......
Keluar dari bilik penginapan melawat Parkson pula, kaki belum penat lagi....Park kereta di tingkat  atas dan daripada tingkat atas tu , dapat melihat  beberapa buah bangunan yg tersergam indah...


 first melalui tempat ini..Jakuzi..
tempat  wanita untuk mencantikkan dan memanjakan diri  
dengan spa  Scrub, Sauna & Milk Bath .....
whatever pilihan  tretment untuk cantik dan sihat.........
eh, tak masuk pun....
Anak saudaraku berumur 13 thn yg mengikut kami....
sempat pulak nak main bowling..layankan sajalah...
Perut dah keroncong..dari pagi tadi hanya sekeping roti dan teh 'o' yang singgah di perut...kesibukan mengurus anak menyebabkan tak kisah makan, walaupun ada makanan dihidangkan di hotel dan inst..
Apabila ternampak permis makanan di sini macam meriah, siap ada tempat landing kanak2 ni..singgah sebentar untuk refreshment..


Selesai makan, melawat2 permis baju..tengok2 je dan membuat perbandingan harga...

Sekian, wassalam..

13 comments:

Andrik McVean said...

nice place...hotel looks okey

No Lan said...

No doakan semoga anak kakSal berjaya nnt ya..semoga dia serasi bersama kawan2 dan kos yg di ambil..mmg sayu dan pilu bila nk berjauhan dengan anak2 nih..sabar ye kakSal,.

Maiyah said...

assalam..

moga sukses..

kasihredha said...

semoga berjaya di dunia dan akhirat..semua ibubapa mharapkan anak2 berjaya .

sweetsal said...

seronok tgk anak2 dah berjaya..

suri solehah said...

terlepas pandang...anak akak belajar kat mana tu?

Cik Ina Do Do Cheng said...

oo patutlah cik ina rasa cam pernah pegi je tempat tu, rupanya seremban ye. terkedu terlalu banyak kenangan kat situ.

Semoga anak sal berjaya dunia akhirat.

nadbaptist said...

k sal,

tahniah pada anak akak kerana berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi..semoga berjaya di dunia maupun akhirat

Zaitun said...

Lebih elok ikut kemahuan anak untuk memilih jurusan yang diminati. Semoga beroleh kejayaan setelah tamat nanti.

Unknown said...

Tahniah! Anak2 dah semakin besar lain pula cabaran mendidiknya kan kak...

Ati Masrif said...

masa anak ati masuk mrsm
kepala batas.. ati pun sedih
tiap2 hari nangis kat rumah
sampai hubby pujuk....

katanya ...anak pergi belajar
biarlah....

hehe...cenggeng yek :)

munna said...

alhamdulillah selesai dah urusan anak ... semoga berjaya dia di sana...

mak encik | SZ said...

insyaAllah pandai2 la anak k sal membawa diri tu ...
dapat pula kawan2 yang boleh dipercayai ...kurang risau la kot..hee

Post a Comment