Sunday, August 16, 2009

Renungan - bersyukur

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kerana diberi kesempatan untuk kita menghuni alam fana ini. Kita hidup dan mati dengan kudrat dan iradatNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan.

Hidup kita ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Dalam perjalanan itu tentulah menempuh rintangan dan halangan untuk menuju ke destinasi lain. Individu yang bijak serta mendapat hidayah tidak akan lalai dalam perjalananan kerana sedar akan menuju ke alam yang satu lagi serta berpeluang untuk mencari bekalan2 yang akan dibawa ke destinasi tersebut.

Manakala pengembara yang alpa akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh seolah-olah iniah dunianya sehingga terlalai dengan kemanisan dunia.....

1 comment:

ezatulhani said...

smoga kita menjadi hamba yang taat mengerjakan suruhan dan perintahnya.
sempena bulan puasa mudah2han kita jadi hamba yang beriman.

Post a Comment