Saturday, August 15, 2009

BAHAN KIMIA YG MERBAHAYA

Ketika kita melakukan aktiviti seperti membersihkan rumah..kita mungkin terlupa bahawa bahan kimia yg digunakan itu menyebabkan kita alahan.


Walaupun kita meminta bantuan orang lain untuk melakukan kebersihan dan keceriaan rumah, namun kita masih boleh terkena alahan kerana menghidu bahan2 kimia yang berada dalam persekitaran kita..Menurut statistik dianggarkan 45 hingga 60 peratus daripada kanak2 menemui ajal akibat keracunan hidrokarbon, makanan dan bahan pencuci...

Jika kita membersihkan rumah atau mengecat rumah..berhati2 menggunakan tinner..tinner adalah vahan hidrokarbon yang boleh menyerang saraf. Ia boleh menyebabkan sesak nafas, sakit paru2, batuk berdarah, kekejangan...

Bahan pencuci lain yang boleh menyebabkan keracunan ialah bahan pelembut kain yang mengandungi fenol, pencuci longkang yg terdiri daripada amonia, hidrogen peroksida, natrium hidrosida, pencuci tandas dan peluntur kain.

Makanan ...kadang2 kita tak sempat menyediakan juadah..maka, gerai menjadi teman setia..oleh itu kita perlu berhati2 membeli makanan. Makanan juga boleh dicemari bakteria salmonella, staphylococcus, bahan pengawet, perisa atau bahan pewarna....

No comments:

Post a Comment