Saturday, August 22, 2009

Catatan Ramadan


Kita kini telah berada di bulan Ramadan yang penuh dengan hikmahnya yang tersendiri.Firmah Allah s.w.t. yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
· Sesungguhnya bulan Ramadan yang disambut penuh dengan keberkatan . Oleh itu sambutlah ia dengan rasa kegembiraan dan kesyukuran.
Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman yang bermaksud: "Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah di hadapan kami. Maka, baginda bersabda: "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasaNya. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang terlebih baik dari seribu bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan".
Di samping berusaha untuk mendapat kebaikan, kita juga berusaha untuk memohon keampunan daripada Allah·
Rasulullah s.a.w bersabda ‘Jibril mmendatangiku seraya berkata: ‘Barangsiapa yang Align Rightmendapati bulan Ramadan, Lantas tidak mendapatkan keampunan, kemudian mati, maka dia masuk neraka serta dijauhi Allah(dari Rahmatnya)’ Jibril berkata lagi ' ucapkan Amin'..maka aku ucapkan 'Amin! ” (HR:Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)
· Memperbanyakkan zikir dan membaca Al Quran supaya mendapat rahmat serta meningkatkan ketakwaan kita sebagai hambaNya.Firman Allah bermaksud S.W.T “Siapa yang bermujahadah di jalan Kami, Kami tunjukkan jalan Kami” Al-Ankabut:69
Dengan limpahan rahmat Allah yang turun bersama kedatangan Ramadan,mudah-mudahan Allah S.W.T permudahkan kita membersih hati.Semoga kehadiran bulan Ramadan ini akan memberi cahaya keimanan yang lebih terang buat kita semua.
Ref: RahsiaKeajaiban & Kelebihan Bln Rejab, Syaaban & Ramadan .

1 comment:

ezatulhani said...

mudah-mudahan Allah memberkati kehidupan kita

Post a Comment