Wednesday, August 12, 2009

DEMAM


Hari ini saya bertugas seperti biasa, tetapi apabila saya lihat , ramai kawan2 yang tidak hadir dan kesemuanya lapan orang. Adakah mereka juga mengalami demam atau ada urusan lain? entahlah....Saya melihat akan budak2 sekolah.... ramai di kalangan mereka telah memakai 'mask' kerana sedar akan bahaya wabak H1N1.

Beberapa hari lepas, saya ke hospital untuk mengambil simpel darah. Petang itu, petang Jumaat orang ramai telah berpusu-pusu ke hospital untuk mendapatkan rawatan meskipun baru pukul 2...Adakah di antara mereka juga mengalami tanda2 demam..

Demam daripada wabak selsema babi..eh..macam pelik bunyinya...Sebelum tu tak kisahpun tentang virus tersebut...tpi, kalau menyerang pesekitaran kita..takkah haru biru?........Apa tu virus H1N1..Kumpulan penyelidik barat mengesahkan bahawa ia adalah virus yang berasal daripada campuran gen manusia, babi dan burung. Virus tersebut yang telah menjangkiti lebih 11,000 orang di 42 buah negara (statistik Mei, 09).

Agensi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pula menyebut, virus ini mampu menjangkiti manusia melalui bersin, batuk atau tangan individu yang tidak bersih. Wabak ini tidak boleh dipandang ringan.
Hakikat itu turut diakui oleh pakar virologi dari Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Siti Suri Arshad yang menyifatkan virus itu boleh membawa ancaman yang dahsyat. Lebih dahsyat berbanding wabak selesema burung dan sindrom pernafasan akut teruk (SARS).
Pengetahuan tentang virus ini penting agar kita berhati2 dan beringat2....



No comments:

Post a Comment