Thursday, January 24, 2013

Permintaan Isteri..

Dunia ini hanya pinjam-pinjaman..pasangan hidup kita pun hanya pinjam-pinjaman. Suatu hari nanti, kita akan terpisah juga kerana ada satu titik yg akan memisahkan kita iaitu ajal..hakikatnya siapa yg pergi dulu semuanya perancangan Allah dan di luar kemampuan kita untuk mengetahuinya......

Terdapat suatu kisah.... seorang isteri  telah meminta izin untuk memandikan jenazah suaminya di hospital..Ustaz akhirnya memberi kebenaran kepada isteri arwah untuk memandikan jenazah..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, 'Ini wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang..Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti..'

Ketika membasuh tubuh jenazah suami, isteri  berkata 'Tangan ini yang mencari rezki halaL untuk kami, masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untukmu suamiku'

Semasa membasuh tubuh jenazah suami, beliau berkata 'Tubuh inilah yang memeluk dan memberi kasih sayang kepada ku dan anak-anak. Moga Allah memberi pahala berganda untukmu wahai suamiku..

Ketika membersihkan kaki jenazah suaminya si isteri  berkata 'dengan kaki ini abang keluar mencari rezki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang..moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya'.

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata 'terimakasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia . Terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah padamu'....

Iktibarnya..sementara masih hidup..Suka duka berkongsi kehidupan. Oleh itu, Jadilah sama-sama  pembimbing, ingat mengingat antara satu sama lain supaya  berada di jalan yang lurus..moga bahagia di dunia dan akhirat..

9 comments:

Kakzakie said...

Kakak setiap kali baca kisah ini mesti rasa sayu. Hargai siapa saja yg kita ada sebelum dia dijemput izrael meninggalkan kita.

sal said...

KakZakie..Betul..menghargai kasih sayang family di rumah..

Acik Erna said...

assalam sal..sedihkan bila baca kisah ni..masa kita akan sampai juga tapi tak tau bila

Nur-nba said...

Tersentuh dengan entri ni.. Moga kita sentiasa menghargai pasangan kita dan terima segala kelemahan dan kelebihannya pasangan masing2 dengan hati yang redha.

MulutPayau said...

Sayu dan tersentuh hati baca kisah ni...

nea lopah said...

pernah juga baca cerita ni..terharu sangat. salam perkenalan dan follow sini juga. jemput singah jenguk2 blog saya. nabihahsejutarasa.blogspot.com

Ibuhani said...

...... :(((((((

munna said...

pernah baca kisah ni ... mmg sayu... semoga jadi iktibar buat kita semua

Chic Na said...

semoga memberi pengajaran kpd kita semua.

Post a Comment