Friday, March 30, 2012

Khasiat Parsli...

Assalamualaikum
Semakin payah nak kemaskini blog  mutakhir ini..tapi terasa sayang pula pd blog ni...maklumlah di sinilah tempat  kita berbicara..bergosip..meluahkan, harap beretika dan bermanfaat..InsyaAllah...
.
Hari ini, jom kita  layan  tips kesihatan.....penting,kan !!!!
sembang2 tentang buah pinggang. Pembantu ini  banyak jasanya..


Bertahun-tahun lamanya  kita guna dia  tanpa henti-henti. Buah pinggang  bertugas membuang segala macam toksid spt garam, racun yg merbahaya..klu kereta kita dpt intai kotornya dan cepat saja  nak  service....


klu  dalam badan, tak berapa  perasaanlah pulak  ......


Ada satu petua untuk membersihkan buah pinggang secara semula jadi tanpa memerlukan kos yg tinggi.....Ia mudah..Ambil sedikit parsli dan basuh dengan air bersih..potong-potong dlm kepingan kecil....


Tahu daun parsli??  daun yang dimasukkan dlm sup...


Seterusnya  masukkan daun parsli ke dalam periuk , tuang air dan masak selama 10 minit. Setelah dimasak, minumlah  airnya. Boleh disimpan dalam peti sejuk. Khasiatnya racun dan garam berlebihan akan keluar melalui air kencing. Buatlah selalu supaya bukan sahaja buah pinggang malah darah kita bersih.Tu panduan drp lubuk petua warisan.
Daun parsli merupakan satu kaedah rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang secara semula jadi..


Khasiat daun parsli
Daun parsli kaya dengan vitamin C dan mineral seperti provitamin A, B, E, K, beta kerotena, magnesium, fosforus, besi, sodium, kalium, sulphur dan kalsium.

Parsli juga boleh menyembuhkan penyakit antibarah, melindungi hati dan usus menetang barah, antireumatik, perangsang penghadaman dan buah pinggang, membuang toksin dan batu buah pinggang. Ia juga bertindak sebagai antioksidan. Selain daun parsli, bijinya juga mampu merangsang kesuburan dan membantu menentang penyakit tumor otak.

Daun parsli bagus dimakan mentah2 kerana boleh mencuci darah, melarutkan mendapan melekit dalam vena, mengekalkan keanjalan pembuluh darah, memudahkan pembuangan batu karang, dan batu dalam buah pinggang, merawat telinga yang kurang pendengaran (pekak) dan jangkitan telinga.

p/s : mari kita mencuba..

6 comments:

MulutPayau said...

terima kasih atas info yg sangat berguna ni....
Selama ni hanya bubuh dalam sup jer.....

sal said...

Assalamualaikum MP..baru dpt info..nak try

Zaitun said...

Terima kasih kongsi tips.

Selain daunnya kak Zai suka makan batangnya juga.

kasihredha said...

thanks infonya sal
kena jaga kesihatan ginjal kita kan

Nur-nba said...

Salam. Apa khabar Kak Sal? Memang agak sibuk sejak akhir2 ni.. Terima kasih atas perkongsian.

sal said...

Assalamualaikum Nur, Kasihredha, zaitun..terimakasih krn berkunjung ke sini..moga bermanfaat

Post a Comment