Pagi yang ceria ..
Aku bangun awal untuk memulakan tugas ……Syukran dapat bersama Allah yang Maha Pencipta.. ,dapat membereskan kerja2 di rumah ... Terasa bertenaga pula untuk meneruskan tugasku di sana..waktu2 begini amat fresh . Berlapang dada untuk menerima apa saja tugas yang diamanahkan , terbuka minda untuk mendapat ilmu2 baru jika ketemu......
Tetiba angah telefon ..mohon restu dan doa ibu..suaranya yang serak2 basah dan lembut memulakan bicara untuk memberitahu bahawa pagi ini ada paper terakhir untuk ditempuhi sebelum bercuti panjang........
Buat elok2 sayang..ibu bersuara dan mencelah, menyempatkan diri untuk berpesan di hujung talian....
Oh, terdengar suaranya dari jauh mula rindu-rinduan..banyak patah perkataan yang diucapkan..aku diam untuk menjadi pendengar setia. Aku faham, pada siapa lagi dia nak luahkan.. baru beberapa hari tak berbicara, dah banyak yang mahu dilaporkan, kalau surat dah tentu berjela-jela panjangnya...namun, aku mencadangkan agar menghentikan perbualan tersebut untuk memberi laluan kepada exam yang akan ditempuh sebentar nanti. Sekurang2nya ada masa untuk dia fokus dan tenangkan fikiran..
Harap dia bersabar menanti pukul 12.30 tengah hari. Setelah selesai ujian, boleh sambung call dan berbual panjang.. dia akur ..
Biasalah anak2 yang tidak kerasan duduk berjauhan..
Perkataan ‘nak balik’ sentiasa bermain dan meniti2 di bibir.
Kalau anak2 luar negara, yang dah biasa di perantauan terbaca cerita ini, tentu tersenyum2 kambing dan sinis. Malu… Mereka yang telah matang, alah bisa tegal biasa. Pepatah Melayu yang menggambarkan kebiasaan ….Tapi bagi orang yang kurang biasa, agak payah untuk memulakan hidup berasingan .
Bagi anak2 seperti dia yang sebelum ini semuanya telah terhidang tapi apabila berpisah, dunia ini menjadi seperti tertungging sekejab. Kelainan budaya hidup menyebabkan mereka bersusah payah survive sendiri. Banyak perkara memerlukan kewarasan dan kekuatan diri . patut, tak patut, boleh, tak boleh. Semuanya kena fikir. dari perkara kecil hingga pekara besar, apa yang dilalui memerlukan pertimbangan dan budi bicara ….. Bersabar yek nak menerima ujian…
Kesulitan yang diceritakan sebenarnya perkara kecil2 sahaja bagi kita…...namun pada si anak pengalaman seperti itu menganggu kehidupannya yang memang semacam belum bertenaga.. ..tapi sebagai ibu, aku hanya memberi teguran dan nasihat kalau dia menangis teresak2. Kalau perkara2 seperti itu sukar untuk ditempuh, apatah lagi untuk meneruskan kehidupan & berjalan di muka bumi Allah ini.....
Eh..Dah kul 2.00 ni…..aku pasti Angah dalam perjalanan pulang...
Dia balik sendiri naik bas bersama kawan-kawan. Pengalaman pertama dia naik bas pun tak seronok . Mengapa? mana nak seronok kalau membawa barang banyak ... segala macam benda dia nak pikul, tangan kiri pegang barang, tangan kanan bawa beg, di bahu sandang beg..satu lagi yang membuat aku tersenyum apabila mengingatkan peristiwa dulu. dia balik ke rumah dengan memakai baju kurung dan kasut sukan..ha..ha....kami sekeluarga terbahak2 tengok telatahnya.cian… aku nasihatkan dia supaya lain kali membawa barang yang penting saja balik ke rumah……
Alhamdulillah..dia belajar erti susah di sana....kesusahan itu satu pengalaman menarik bagi orang yang hendak matang ..kesusahan itu harap membuat dia kuat...kesusahan itu adalah pelajaran yang bermakna dalam kamus hidup..mudah2an sebagai pendidikan yang berupaya untuk membantu diri bersemangat kental dan waja..amin..
Kalau angah balik ke sini tentu banyak cerita .Bakatnya memang suka bercerita.. mulutnya macam murai pasti ada saja perkara yang mencuit hati …pasti hilai tawanya memecah ruang tamu rumahku… ..
kalau mulutnya itu boleh dimanfaatkan mengeluarkan hujah2 dan patah2 perkataan yang bernas alangkah baiknya. Bukan mencurah air ke daun keladi, yang sia-sia. Tapi kalau ia tercurah kepada insan-insan yang memerlukan seperti yang pernah ku lihat dia melakukannya dulu, percubaannya menampakkan bakat dan kematangannya melahirkan kata2..…..tentu baik sekali.he…he…dah sampai ke situ pulak....lamunanku tersangatlah panjang..
Allah hu Akbar
Aku hanya mampu berdoa agar ilmu yang diterima masuk ke ruang2 dadanya..memanfaatkan ilmu itu untuk kesejahateraan hidup dunia dan akhirat. Membentuk jati diri menjadi anak2 yang beriman dan beramal soleh..
Amin..amin Ya Rabbal Alamin…
…………..Angah akan sampai sebentar lagi.InsyaALLAH....rindu seorang ibu hampir terubat…
No comments:
Post a Comment