Selepas selesai makan-makan di rumah kakak sepupuku sempena majlis perkahwinan anaknya, saya menghampirinya kerana mahu permisi pulang. kulihat 'sis' tersenyum melihat kelibatku. Saya sedar hari itu saya datang lewat ke majlisnya disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Walau lambat sekalipun saya pasti datang..Itu janjiku di dalam hati....
Dia menegurku walau hanya beberapa patah perkataan sahaja yang sempat diucapkan. Saya membiarkan dia melayani tetamu..teruskanlah.....
Saya pasti, hatinya tentu girang menyambut orang baru dalam keluarganya..
Saya melihat dia sekali lagi, betapa seronoknya dia melayan tetamu yang datang..
Apabila ada kesempatan..
kupeluk dia serta bersalaman dengannya untuk pulang.. .....
Saya memang menyedarinya. lama benar tak ke rumah 'sis'. kakak sepupuku itu masih cun....walaupun dah berusia dan bercucu..
Kami hanya dipisahkan dengan ratus2 km sahaja..tapi jarang jumpa anak2nya....bukanlah sibuk sangat....tapi macam tak cukup masa untuk berjumpa..kecil hatikah dia..
Dulu di tingkatan 4, saya bermukim di sana..waktu itu, 'sis' mengajar berhampiran dengan sekolahku..Oleh kerana berjauhan dengan ayah dan emakku , Mereka mengamanahkan 'sis' memantau perkembanganku di rantauan..Saya mengaku ...dia menjagaku macam adik-adiknya sendiri..itulah yang menyebabkan saya tak akan melupakan jasa2nya..
Walaupun kurang mengunjunginya kini...tapi sebenarnya ingatanku padanya tetap teguh.. seteguh summit prade yang ada di belakang rumahnya itu kerana saya tak pernah lupa pada orang yang pernah berjasa padaku...
'sihat semua?
Saya memulakan perbualan dan bersalaman dengan anak2 lelakinya....
'sihat kak Sal' kata anak2nya sambil tersenyum...
'Apa, kamu panggil kak sal?'....kumemulakan perbualan serta sedikit terperanjat dan rasa cukup tersentuh. ..
kesian anak2 sepupuku ini..makcik sendiri pun dia dah panggil kakak....silapnya di mana? hatiku tertanya2...
Tiba2 terbayang ketika mereka masih kecil2 dulu berlari2 dengan manja serta mulutnya kumat kamit memanggilku aunty Sal....Nama yang cukup sinonim bagiku ketika itu dan menjadi panggilan manja daripada anak-anak saudara sepupuku untukku ini. Namun, kini panggilan itu seakan2 lenyap dari ingatannya dan seakan2 ada jurang tali persaudaraan antara kami ... Yang saya nampak jelas,tubuh mereka sudah melebar, berbading dengan makcik dan pakciknya ini......
Bukan dia yang bersalah..tapi mungkinkah saya kurang memesrakan diri. Kiranya itu jawapannya.....maafkan aunty Sal....
..
2 comments:
itulah yang akan berlaku bila jarang2 sekali berjumpa kan. sy pun ada kes di mana sepupu saya tidak mengenali sepupu yang jarang sekali balik ke kg. Bak kata mak saya, kena selalu buat family gathering supaya jgn ada sepupu sama sepupu jmpa kt luar pun x kenal
salam teacher..sesekali terjadi situasi begini dlm hidup kita. ironinya, moga2 kita sebagai individu tidak akan lupa diri, mengingati sejarah keluarga, tidak sombong..walau di puncak manapun berada kita....
Post a Comment