Thursday, June 3, 2010

Menjenguk keluar jendela..

Sejenak kita menjenguk keluar jendela dunia menonton berita2 di tv,  membaca media massa dan media elektronik mengenai Palestin dan Gaza, terasa sedih dan terharu..Mengapa tidak, Mangsa2 serangan terbunuh dengan kejam ..

Begitu mudahnya negara itu  di bedil dengan bom dan satu demi satu kepulan asap hitam mewarnai setiap ceruk tanah Palestin.




Kemudian bangunan- bangunan yang menjadi 'target' regim Zionis, dimusnahkan tanpa simpati dan hilang rasa kemanusiaan disebabkan tamak dan rakus..

Paling menyedihkan apabila bantuan kemanusiaan di sekat dan setiap hari, menafikan hak mereka untuk meminta bantuan.   

Laporan melalui telefon oleh wartawan al-Jazeera di atas sebuah kapal Turki yang mengetuai flotila itu melaporkan, tentera laut Israel menembak kapal tersebut sebelum mencerobohnya dan mencederakan kapten kapal terbabit.

Mengapa Gaza menjadi sasaran... Menurut sumber: Serangan ke atas Gaza bukan sahaja atas dasar penjajahan maruah dan tanah umat Islam, tetapi juga daripada sudut penjajahan terhadap sumber alam Palestin, iaitu gas asli. Pada tahun 2000, satu lapangan gas asli telah ditemui di persisiran pantai Gaza dan menyebabkan banyak pihak yang cuba untuk mendapatkkannya.


Secara sah, takungan gas asli tersebut adalah milik kerajaan dan rakyat Palestin berdasarkan peta namun pihak tertentu juga telah berusaha keras untuk mendapatkan hak terhadap takungan gas asli tersebut.
 
Kita hanya mampu berdoa agar Allah melindungi orang2 yang tertindas daripada kezaliman dan kerakusan..

MOGA Allah melindungilah Gaza dan Palestin! 































2 comments:

fazemy said...

Yup..selamatkan Palestin Ya Allah.

sal said...

salam.ya..sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan mereka.Amin

Post a Comment