Tuesday, June 29, 2010

Hikmah Solat Tahadjud

 Solat Tahajjud banyak hikmahnya. Dari  Umar bin Khattab, Rasulullah SAW  bermaksud 'Barangsiapa mengerjakan solat malam dan dia menjaga solatnya maka Allah memuliakan dia dengan sembilan perkara. Lima di dunia dan empat di akhirat..
Lima di dunia
  1. Dia dilindungi Allah dari beberapa bencana.
  2. Berkat ketaatan tampak di wajahnya.
  3. Dia disukai oleh para hamba Allah yang soleh dan manusia semuanya.
  4. Lidahnya mampu mengucapkan kata-kata hikmah
  5. Bijaksana iaitu diberi rezki kefahaman.
empat di akirat
  1. Dia dikeluarkan dari kubur dengan wajah putih
  2. Diringankan dan dimudahkan hisabnya
  3. Melalui jambatan sirat laksana kilat yang menyambar
  4. Diberikan kitab amalan dengan tangan kanan
    • Saidina Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda 'Pada malam yang terakhir Tuhan berfirman 'Siapa di antara penghuni bumi yang ada permintaan,akan Aku beri, siapa yang bertaubat, Aku ampuni, dan siapa yang mempunyai hajad akan Aku perkenankan. 
    • Rasulullah s.a.w bersabda'Barangsiapa bersembahyang di dalam masjidku (Masjid Nabawi di Madinah) akan diberi pahala kepadanya sepuluh ribu kali dan siapa yang bersembahnyag di dalam masjidil-Haram, akan diberi pahala seratus ribu kali' Salah seorang  sahabat bertanya'Ya Rasulullah,adakah sembahyang yang lebih besar lagi pahalanya daripapada itu? Rasululah menjawab'ada.iaitu seseorang yang bangun ditengah malam,lalu berwuduk dengan baik kemudian bersembahyang dua rakaat dengan hati yang ikhlas'.
    • Ibnu 'Abbas meriwayatkan Rasullah s,a.w bersabda 'barangsiapa bersembayang sunat dua rakaat di waktu tengah malam,dibacanya pada dua rakaat pertama surah al-fATIHAH DN sepuluh ayat kursi, begitu juga pada rakaat kedua,maka Tuhan menurunkan beberapa malaikat untuk  menjaga orang itu dari kejahatan.
    • Sembahyang tahajud dikerjakan di waktu tengah malam, yang terbaik pada sepertiga malam (lebihkurang pukul 2.00 pagi).
    sekian.moga kita mendapat manfaat daripada amal dan kebaikan yang kita lakukan.

    2 comments:

    Unknown said...

    salam .....

    info yg teramat bagus..... begitu bayak sekali hikmahnya , tetapi mengapa kita(ummi ler tu) selalu lalai dan leka.

    mohon dicedok info diatas yer ....

    sal said...

    Salam ...
    Ummi,
    1.kongsilah info tersebut.moga bermanfaat..
    2.Memang tidak dinafikan kadangkala terleka2 ..Namun berharap agar kita dan keluarga sentiasa memperbaiki amalan dari masa ke semasa...Amin.

    Post a Comment