Wednesday, June 9, 2010

Khabar Dari Kampung

Hari ini ada masa yang terluang.. setelah menyiapkan kerja-kerja di dapur Hana duduk di atas meja ... buat masa ini, dia tidaklah terkejar2 sangat dengan rutin kerja. Boleh relax sedikit...


Walaupun masa cutinya sudah sarat diprogramkan dengan sesuatu perkara yang dirasakan perlu dibuat..namun pada ketika ini dia tiba-tiba terasa  sunyi kerana anak2nya tiada di rumah. Mereka sudah pergi ke rumah anty Lehanya dan bermalam di sana .Tinggal dia dan hubby sahaja di rumah..kalau hubby ke pejabat..uh, keseorangan..

Sesekali bersendirian apa salahnya…lagipun  cuti ni kerap juga bertemu keluarga kerana urusan-urusan tertentu...


Lagipun dalam masa terdekat ini… ada lagi satu gathering bersama family untuk majlis walimatulurus cucu perempuan sulung arwah ayahandanya ....Miza, anak abang long di kampung.
 
Hana menganggap majlis ini istimewa. Bukanlah kerana kemeriahannya tapi mengenangkan bahawa cucu perempuan ayahnya tak ramai dan boleh dibilang dengan sebelah tangan....itupun  three of them including Hana 's daughter .
 

Sedang dia melihat-lihat paparan di internet, tiba2 terdengar deringan telefon..Hana mengangkat gagang ...kedengaran di hujung talian bicara Miza yang lembut dan tersusun2 itu diselang seli dengan deraian tawanya. Yakin dan bersemangat untuk memberitahu hajatnya yang tinggi menggunung ....Hana sedikit kehairanan. Bagaimana Miza bersikap keras  sebelum ini boleh berubah 180 darjah.......

Hana memanjatkan kesyukuran, Miza akhirnya mengumumkan dasar buka pintunya.....segala puji-pujian hanya bagi Allah yang menciptakan manusia berpasang-pasangan..disyukuri rahmat dan pemberiannya. Alhamdulilah..



Hana akui abang longnya tentu berlapang dada dengan keputusan Miza dan kini semestinya dia sudah tidak nyenyak tidur memikirkan persiapan majlis perkahwinan yang perlu dilakukan untuk anak perempuan tunggalnya itu.Tradisi di kampung menebal dengan semangat bergotong royong..bantu membantu..kena buat secara maufakat dengan saudara mara sekampung..itulah kelebihannya tinggal di desa yang subur lagi permai  ini. Maufakat membawa berkat....

Tiba2 terlintas di minda akan cerita-cerita di bumi Gaza yang sudah tidak permai.. Meneropong  bumi peperangan itu melalui pembacaan. Melihat visual  serta menonton dan membaca media..…Bumi Gaza yang subur dan indah sebelum ini ditambah dengan iklim Mediterranean yan kaya dengan ladang buah2an seperti strawbery yang sedap dan enak itu, kini telah gersang dan musnah disebabkan angkara manusia2 yang cerdik dan genius  tapi haloba. Akhirnya kemusnahan bumi yang  dibedil peluru itu dicemari pula bom fosforus yang memamah kulit dan tulang..uhhhh betapa berat mata memandang, beratlah lagi bahu yang memikul..

Buat saudara2 seagama di Gaza,  Hana titipkan  doa untuk para pejuang. Semoga mereka diberi perlindungan dan kekuatan Allah dalam memperjuangkan dan mempertahankan tanah air yang dimilikinya..

Eh..esok Hani anaknya sudah berjanji membuat sesuatu untuk kakak sepupunya. Atas nama family..semuanya setia untuk pulang awal bertemu dengan keluarga yang disayang kerana ingin turut serta berganding bahu  membantu dan memastikan kelancaran majlis walimatulurus....

2 comments:

abah aman said...

salam salsuria,
Hmm... dah memang musim kenduri ni. Abah pun dah banyak dapat kad jemputan.

Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin yang dirai. Tahniah!

sal said...

salam.Mmang banyak knduri cuti ni..cuti sekolahlah katakan..

Post a Comment