Wednesday, December 23, 2009

berkongsi kesyukuran

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya diberi kesempatan kepada Hani untuk merasai nikmat dan kepuasan untuk memperoleh keputusan 8A dalam PMR...


Justeru, sebagai ibu ingin sekali saya mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru dan tuan pengetua (ayahanda) SMKTDS, J.Bahru yang tentunya telah bertungkus lumus serta tidak pernah mengenal erti penat dan jemu berusaha untuk melihat anak didik mereka berjaya mendapat keputusan cemerlang.


Tidak lupa juga, saya  ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru tuisyen Hani kerana mereka juga sama-sama seiring dan berganding bahu berusaha keras untuk memastikan prestasi murid-murid mencapai sasaran yang diingini.


Kepada Hani  yang masih berada di sekolah kerana meraikan kejayaan bersama guru-guru dan warga SMKTDS, ibu ucapkan tahniah di atas kejayaan itu..walau bagaimanapun ibu berharap jangan terlalu alpa kerana sedarilah anakku..kecemerlangan yang diperoleh itu hanyalah titik permulaan di dalam perjalanan hidup ini ..Ingatlah anakku..kejayaan dalam pelajaran tidak semestinya berjaya dalam hidup..


Anakku..ibu selalu berpesan kpd Hani beri ibu 3A yang  ini semoga Hani mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat....apa dia anakku......


A pertama: menjadi anak2 yang  beriman dan beramal soleh..


A kedua: cermerlang dari segi sahsiah di sekolah, rumah dan di mana-mana sahaja berada..termasuk dari segi budi bahasa, tingkah laku, adab sopan,menghormati guru2 dan orang tua dan lain-lain. 


A ketiga :Aspek pengurusan diri.


Semoga sedikit pencapaian baik yang diperolehi ini  memberi dorongan kepada Hani untuk belajar dengan lebih tekun di masa akan datang tanpa mengabaikan kualiti diri dalam pelbagai aspek yang lain terutama dari segi kerohanian.

2 comments:

MALEQUE SELAMAT said...

Tahniah.. dan syabas...

sal said...

salam.Terima kasih.eh..macam saya pula yang dapat 8A..he..he..he..

Post a Comment