Monday, December 28, 2009

Cerita Tahun Baru

Hari ini, hari pertama memulakan tugas selepas bercuti lama..Tugasan pertama adalah menghadiri mesyuarat.Tugasan ini diterima melalui SMS..sekarang dah maju dan serba serbi melalui jalinan teknologi..dah tak ada surat menyurat  rasmi macam dulu kala.. pendek kata kalau hp teredam dalam air atau hp rosak atau tertinggal di kampung..maka tak datang mesyuaratlah hari ini...

Apabila saya melangkah masuk ke bilik mesyuarat itu, pandangan pertama tertumpu kepada satu kumpulan  rakan-rakan  yang baru berpindah ke sini..masing2 tersenyum simpul kerana saya rasa mereka tak sabar menunggu tugasan  yang bakal diberikan..tapi, kalau lambat diagihkan janganlah menangis yek. Anda perlu bersabar kerana akan tiba masanya anda diberikan jawatan-jawatan penting tertentu. Jadi bersabarlah menanti. ..
.
Pada rakan2 senior tak perlu lagi 'gila kuasa' .Istilah yang selalu disebut2 jika diberikan tugasan yang terlebih (kesian)...  maka  terkendurlah sedikit urat2 tu kerana dah ada asistant untuk berkongsi kerja....

Antara perkara yang disentuh dalam mesyuarat....

- Etika kerja untuk melonjakkan kecemerlangan
- Tanggungjawab dan dedikasi
- Etika berpakaian
- dan lain2 yang tak perlu disebutkan .....

- Lagi satu yang menarik...pengumuman tentang  peruntukan kementerian dipotong..Kami pun terasa tempiasnya. Peruntukan bayaran elektrik juga dipotong menyebabkan hari ini kami bermesyuarat dalam kepanasan.. alat pendingin hawa tidak dipasang macam selalu dan yang lebih seronok tiada kipas angin di bilik mesyuarat itu yang kurang aliran udaranya...bayangkan diri ini dalam kehangatan untuk beberapa jam kerana berjimat cermat ...

Berkorban apa saja ..... Itulah pelajaran pertama yang dapat ku kutip pada hari ini sempena tahun baru .... 

Beberapa tugas2 penting telah pun diserahkan kepada rakan2 sejawat pada hari ini. Oleh itu bermulalah lembaran2 baru 2010..... episod2 baru..... tekanan2 baru......... Namun harus ditangani dengan bijak. Hidupkanlah  semangat kerjasama , toleransi serta membudayakan  nilai-nilai murni  yang lain  untuk memastikan peranan kita berjalan lancar..


Orang lama tapi semangat perlu baru!!!

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 2010..
.

4 comments:

lil Biruny said...

Waah.. rajinnya berkerja.. Allah diutamakan ya?? Tentang usrah haritu, maaf.. masih x berkesempatan nak contact orang sana.. Cuti2 pun masih bz di sini..

sal said...
This comment has been removed by the author.
sal said...

hyt to nfl: insyaalah kalau berkesempatan.

sal said...

naufl..selamat tahun baru 2010.Smoga anak ibu yg ini lebih dewasa dan rasional,bersikap terbuka meskipun mempunyai nilai2 dan berprinsip sendiri(dihargai), jgn emo2..selamat bercuti dan bila naik sem belajarlah dengan tekun..Tu doa ibu yg ikhlas tuk naufl.Nanti kalau adik Hani dpt mana2 sek akan ibu britahu, mungkin JB je..

Post a Comment