Tuesday, December 8, 2009

Hantarannya Senaskah AlQuran

Suasana pagi itu sungguh cerah. Secerah air muka pasangan kekasih itu. Mereka masuk ke sebuah kedai buku, melihat-lihat..meninjau-ninjau dan tercari-cari..

 
“Adam, tengok nih. Cantiknya.... Warna keemasan. Sesuai untuk dibuat hantaran "kata Nadia sambil memandang AlQuran yang berkulit keemasan itu. Dia sangat teruja.

“AlQuran yang ini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Adam yang rambang mata. Tujuan mereka ke kedai itu untuk membeli hantaran senaskah AlQuran.


“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Nadia yang sedang leka membelek2 AlQuran itu.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Adam. Nadia tergelak. Namun hatinya berbunga riang dan bahagia kerana mendapat  calon suami yang prihatin seperti Adam.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.


“Oh, kami mencari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sapa Adam. Nadia tersengih malu.



“Oh. Baguslah. Adik selalu baca, waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" jawab Adam yang tiba-tiba lurus bendul itu.Nadia masih tekun memilih senaskah untuk dibawa pulang, tanpa menghiraukan perbualan Adam dengan pakcik itu.

“Kalau gitu, tak perlulah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian AlQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik ..mula-mula beli dulu, nanti kami baca la kalau free” tiba-tiba Nadia menyampuk pula setelah mendapat apa yang dihajatkan.

“Oh, baguslah kalau gitu. Belilah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti  ahli masjid.

“Ala, besarlah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” kata Nadia sambil mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan yang bersaiz kecil sedikit.

“Jangan lupa baca ya” kata pakcik itu, kemudian berlalu dari situ dan  meninggalkan pasangan tersebut.
 

Adam terdiam sebentar.  Kata-kata pakcik yang muncul secara tiba-tiba membuat dia terkedu...



Hari yang dinantikan sudah tiba. Terlalu indah buat kedua-dua mempelai ini. Pasangan ini tidak sabar-sabar menantikan akad yang menandakan secara rasminya mereka disatukan serta memohon doa restu daripada para tetamu yang meraikannya...










“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema...

Adam yang duduk segak di hadapan para tetamu itu tiba-tiba terkejut sedikit apabila melihat kehadiran Pak Iman. Jantungnya bagai gugur serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya di hadapan. 



Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman mengambil berkat daripada Pak Imam. Apatah lagi air muka Pak Imam itu berseri, tenang dan bersih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. khabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Adam mengigil. Nadia juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku dua bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya sukalah hendak mendengar bacaan adik Adam. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan sahaja. Maklumlah, ustaz. Apa sahaja yang dicadangkan semua baik-baik belaka.

 Adam menelan air liur. Baginya inilah saat-saat paling gementar . Peluh mula membasahi baju Melayunya..dia tidak peduli lagi akan penampilannya yang segak ketika itu...

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Adam cuba mengagahkan diri. Nadia tekun mengintai dari sebalik tirai. Dia amat cemas kalau-kalau Adam..........



“Oh, ayat yang mudah je. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
 

Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd?

“Apa benda nih” detik hati Adam.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” Adam berlagu .

Tiba-tiba kedengaran gemuruh dan riuh rendah rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Nadia merah padam wajahnya. Nadia entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran.. Adam, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
 

Adam berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Adam, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula....

Ustaz menyambung lagi...


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.



Adam, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orang yang memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkannya... menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..”  Ustaz Sa’ad menutup kutbahnya. Seisi rumah mengagumi ceramahnya.

Hari berganti hari...minggu berganti bulan...

Mengambil berkat dari peristiwa akad itu....Adam kini sudah pun berubah, bukan sahaja dia telah menjadi suami yang penyayang tetapi telah mendalami  Kitab AlQuran dengan sempurna...


No comments:

Post a Comment