Wednesday, March 21, 2012

Telefon bimbitku diambil.....aduhai.

Peserta-peserta kursus diarahkan menyerahkan Hp  ke meja urus setia semasa  kursus berlangsung...

Saya terlibat dalam kursus tersebut yang diadakan selamat empat hari. Ini bermakna 4 hari juga  saya terhenti hubungan dengan masyarakat di luar..terasa kekalutan melanda diri seketika  kerana memikirkan kerja yang ditinggalkan belum beres lagi.. Apabila balik  dari kursus nanti, kerja yg satu lagi dah  menunggu dan perlu diuruskan....oleh itu saat2 begini perlu pantas mengejar waktu   berurusan dengan pelbagai  pihak supaya urusan program seterusnya berjalan dengan lancar, klu hp takde???.....aduhai !!!

Dalam keadaan camni susah juga tiada hp yee......

Tidak dpt dinafikan Hp memberi kemudahan...
Namun harus berhati2  kerana HP mengandungi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet)  ..

  • Apakah itu E.M.R?
    E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. 
  • Adakah telefon bimbit membahayakan?
    Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak  di kalangan pengguna telefon bimbit.
  • Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
    Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan.

    Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'

    Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

    Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'

    Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
    (Sumber dari BBC News)


    Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik

    Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma - penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
    (Sumber dari CNN, Dis 2008)


    Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan

    Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
    (Sumber dari 'The Total Sweden News in English')


    Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda

    Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor  otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
    (Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)

Lindungi Kesihatan Diri dan Insan Tersayang Anda

Kini, terdapat alat teknologi canggih dari Jepun yang dicipta daripada bahan seramik yang berupaya mengeluarkan Tenaga Skalar, Sinaran Inframerah dan Ion Negatif yang boleh menghapus dan meneutralkan kesan buruk gelombang elektromagnet 


RUMUSAN : Gunakanlah telefon bimbit secara berhemah

11 comments:

kasihredha said...

macam AF je...x leh berhubung dgn dunia luar

Unknown said...

banyak juga kesan dari penggunaan telefon bimbit ni ya. Takut pulak sbb hp saya ng tak boleh lps.. .huhu.

che mid said...

Salam Sal, kadang-kadang risau juga tengok deeja guna fon bercakap dgn abahnya.. sbb dia kecik sangat lagi kan..

Anonymous said...

Sal,

Semoga dah dapat telefon tu.

Zaman dulu kita tak ada h/fon kita relaks jer ke mana-mana. Sekarang ni kalau tak ada fon terutama bila memandu sendiri, hati jadi risau takut apa-apa terjadi dijalani.

EmbunRosaliza said...

assalam kak sal, sapalah yg tergamak mengambil hp tu. mmg susah kalo xdak hp, byk buruk jika menggunakan secara berleebihan

Ati Masrif said...

tu yang ati tak galakkan anak2
selalu main talifon dan ada hp sendiri

cheqna said...

dulu2 rileks je tapi skang tepon memang penting =)

Zaitun said...

Dulu tak terasa kalau tak ada hp tapi zaman dah moden ni satu kewajipan mesti ada.Bila baca n3 sal rasa takut pun ada.

ieja amieja said...

seb baik la sy ni suri rumah..lbh byk gunakan tepon umah je..

Granny Hani said...

Hphone ni mcm oxygen..susah nak bernafas kalau ia tak ada...

MulutPayau said...

bnyak jugak kesan buruk pnggunaan tepon ni...hari2 guna pulak tu........

Post a Comment