Kelmarin ketika bersama-sama dalam majlis pertunangan anak saudara, saya dihulurkan sepunjut bunga rampai ... Pada majlis potong jambul cucu jiran hari tu, sepunjut lagi bunga rampai diberikan..semuanya tersimpan kemas di dalam beg ...sehingga layu-layuanlah di situ, seminggu dua tahan...
Unik kan org Melayu, kaya dengan adat resam..adat kebudayaan..Memang diakui protokol sesuatu majlis berbeza mengikut cita rasa individu, kelompok komuniti, ada yang masih mengekalkan pemberian bunga rampai..ada pula yg gah dengan benda2 lain, apa2 pun, yang penting ialah amalan bersederhana ketika mengadakan sesuatu majlis supaya ianya tidak membebankan ...
Mari kita layan sebahagian gambar hantaran yg sempat diambil dalam majlis pertunangan anak saudara lelaki, anak kakak yang ketiga.....alhamdulillah telah pun selamat disempurnakan..
Hasil tangan adik ipar...dikongsikan ilmu seni hias menghias ni...kata adik, klu nak buat sesuatu mesti minat...kemudian kreativiti itu datang dengan sendirinya...ye kee dik??, klu minat tapi tangan kejung, camne ????
Selalunya sesebuah hantaran itu memang sinonim dengan bunga-bungaan ikut tema warna kegemaran ...
Coklat, songkok, buku doa merupakan pilihan hadiah drp wakil perempuan...buku doa pun ada??? good idea..membaca jambatan ilmu..
Yang kuning sebelah kiri tu, kek yang dibentuk seperti beg, kek besar dan kenyang dimakan...sebelah kanan adalah peralatan lelaki spt syampoo, minyak rambut, minyak wangi...
berlangsungnya adat istiadat pertunangan yang sederhana diserikan dengan pantun berkias yang humor tapi mempunyai makna yang tersirat bagi peringatan dan penghayatan bakal mempelai.....
Pulut kuning dan kuih-muih antara pilihan hidangan pada majlis tersebut..
di ruang makan.....si cilik menikmati hidangan...
cuti datang lagi..... tentunya kita menerima banyak kad jemputan...
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru pada anak2 yang akan menjadi raja sehari..moga Allah memberkati dan merahmati hidup kelian hingga ke akhir hayat..amin...
sekian, wassalam..
14 comments:
asal musim cuti sekolah memang banyak la dapat surat 'saman'
hehehe kat trg surat saman musim cuti sekolah adalah kad undangan kahwin r =)
cheqna...mana kd jemputannya ???
tertunggu2 ...
Cantik btol le hantaran2 ni..
Suka tgk gubahan2 camni.. ;)
sy spesis tgn kejung hehe
kalau pandai gubahan camni boleh buat bisnes :)
cantiknya hntaran...mmng kreatif...
AssalamualaikuM: MP, Rina ,cheqna..terimakasih kerana sudi menjenguk...sambil berblog SAmbil itu, tak lupa juga berdoa agar kita semua sentiasa ceria2 dirahmati dan diberkatiNya dalam perjalanan kehidupan ini..AMIN..
Kalau keluarga kakak walau kejung pun tangan kami tak pernah buat tempahan bab membuat gubahan - kejung-kejung inilah juga yg menggubah - cantik ke tidak tak kira kami buat sama-sama juga.
Kakak ingat kek kuning itu kain buat baju tau Sal... pandai dia buat.
klo k mjlis pkahwinan n ptunangan..lya suka sgt tgk hntaran.. n lya sndiri ada ambik upah buat hntaran kawin..
Cantik gubahan tu.. Meriahnya majlis pertunangan ni. Dah macam majlis kahwin. Kak Sal jalan mana cuti ni?
Majlis pertunangan pun dah meriah..pasti majlis perkahwinan meriah lagi..skrg ni mmg byk jemputan..hurm bestlah dapur tak berasaplah
Assalamualaikum..la..ingatkan majlis pernikahan...meriahnya mcm nikah je....
Salam Sal,
Wahhh...meriahnya Sal...kak Ros ingat majlis akad nikah,rupanya majlis pertunangan....
assalamualaikum Ros,nyanyisunyi,anitaare,lafrina,nur-nba,kakzakie,mp,rina,salina, cheqna...terimakasih berkunjung ke sini..moga happy selalu..
Cantiknya hantaran....majlis bertunang pun dah macam akad nikah meriahnya
Post a Comment